Salam,

Semasa saya sedang berenang-renang dalam lautan google tetiba saya tertarik dengan satu projek yang dinamakan Nucleus. Projek ini sedang dijalankan oleh SingularLabs dan apa yang dimaklumkan bahawa projek ini di tahap Alpha. Belum lagi masuk Beta ye kawan-kawan.



Ok apa yang Nucleus nie boleh buat pada windows anda?

Setelah apa yang saya dapat rumuskan Nucleus ini mengubah menubar yang sediakala windows kepada rupabentuk dan fungsi yang sama terdapat pada Unix/Mac katanya.


Menu Notification Terminal

Apa fungsi-fungsi yang ada?

Menubar  ini mempunya sistem notifikasi (Notification System) contohnya anda mendapat email dari gmail. Jadi aplikasi gmail akan menghantar notifikasi terus ke pc anda. Ianya juga dapat menyesuaikan dengan system windows yang dipanggil Windows Integaration 



Miss the start menu in Windows 8? Nucleus provides quick access to your libraries and various Windows function, like "shut down" and "reboot."
Windows Integration
The notification system will show important system events, program alerts and even notifications from popular web services. It's accessible to other apps thanks to an open API
System Notification


Ianya dilengkapi dengan Terminal yang sudah menjadi kebiasaan kepada user Linux. Akan tetapi jangan anda ingat terminal ini 100% seperti yang ada pada Linux OS. Fungsi terminal pada peringkat awal yang saya lihat mereka meletakkan fungsi akses windows feature dan information, command to stop and start process, selesaikan masalah math, launch a website (buka web browser mayb), dan banyak lagi fungsi yang akan dimasukkan.

The terminal  lets power-users quickly access important Windows features and information. There are commands to stop and start processes, solve math problems, search the internet, launch a website and much more. It’s accessible using a keyboard shortcut so you never need to leave the keyboard.

Untuk pengetahuan anda walaupun iainya masih peringkat Alpha. Pihak SingularLabs membenarkan orang ramai menggunakan perisian ini tetapi dengan syarat yang telah ditetapkan.

Nucleus is currently in active development. This pre-release should be considered an alpha version. It is not suitable for general everyday usage. Please only use in an approved testing environment.

Agreement: Nucleus is downloaded solely at your own risk. SingularLabs cannot be held liable for any damages resulting from the use of this computer program.

Requirements:

The Microsoft .NET Framework (any version) needs to be installed to use. You won’t need to download anything unless you’ve explicitly removed the version of .NET that shipped with your Windows version.

Install Instructions

The files contained in the downloaded .zip must be placed into a folder in ‘C:\Program Files.’ Ensure you configure ‘Nucleus.exe’ to run as an administrator. If you do not know how to do either of these things, please do not download Nucleus – come back in a few months time.

(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan software ini sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).

Download Nucleus 0.2.0-alpha


Sekian itu sahaja info terkini dari saya.

Homepage Nucleus

Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo
Salam kepada pembaca...

Ingat tak lagi janji saya pada post ini >> [OMG! REVIEWS] Ashampoo Snap 6 with Crack

Di situ saya telah berkata ingin membuat sedikit tutorial untuk letakkan watermark pada setiap screenshot anda.

Watermark itu apa? Ok watermark ini adalah sesuatu yang digunakan kepada seseorang yang suka ambil gambar, design graphic or screenshot yang diambil oleh kita sendiri dan untuk membuktikan ianya adalah hasil daripada seseorang itu sendir dan tidak boleh di ciplak (cetak rompak) oleh orang lain. Watermark ini lebih sesuai digunakan kepada grafik dan video sahaja. More info anda boleh la google yek

Ok sebenarnya kita menggunakan software (perisian) yang bernama Ashampoo Snap.

Ok mari kita mulakan tutorial kita iaitu semudah ABC : Snap (Screenshot) > Edit > Upload > Siap

Itulah yang kita akan lakukan sebentar lagi.

1) Sila download dulu software ini >> Ashampoo Snap 6.0.2 MultiLanguage Full Version with Crack

2) Ok lepas tu install seperti yang diarahkan di dalam thread tersebut.

3) Setting watermark terlebih dahulu di bahagian Configure > More Options > Capture > Save and Close
Kemudian anda boleh ubah watermark mengikut kesukaan anda sama ada pada text atau image atau kedua-duanya sekali.

[Image: LWagaG0.png]




Image has been scaled down 5% (800x605). Click this bar to view original image (836x632). Click image to open in new window.

4) Saya mengambil contoh snap paling mudah dengan klik Capture Free Rectangle Region. Hanya dengan membawa mouse anda ke atas skrin sebelah kanan yang ada line biru tu. Kemudian akan terpapar beberapa tools yang boleh digunakan untuk mengambil gambar.

5) Process editing yang akan muncul setelah anda snap.

Image has been scaled down 42% (800x450). Click this bar to view original image (1366x768). Click image to open in new window.
[Image: bdw0tF5.png]


6) Kini tibalah masa untuk anda upload ke Internet dengan menggunakan tools yang telah disediakan.

[Image: PnYUWoa.png]

Selesai sudah tutorial ringkas dari saya. RCcool
So selepas ini segala image atau video yang dirakam oleh Ashampoo snap ini secara automatik akan ada watermark anda.

Sekian terima kasih.

 Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo
Assalamualaikum,

Reviu kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi kamera android yang mungkin telah ramai orang tahu dan saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.

Melihat keadaaan semasa rata-rata sebagai pengguna telefon pintar semakin kreatif dan hebat menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti menggunakan sebuah kamera dslr. Tidak dinafikan pelbagai aplikasi kamera yang lain di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dari aplikasi ini.

Apa yang ingin saya tekankan aplikasi ini amat sesuai untuk seseorang yang jenis mementingkan kesederhanaan tapi hasil yang terbaik kepada gambar yang mereka ambil.


Ok mari saya ceritakan apa fungsi-fungsi yang ada pada Google Camera ini.

Kamera ini mempunyai 5 Fungsi utama iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur, Camera, dan Video. Setiap fungsi-fungsi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mengikut kreativiti user untuk memilih fungsi yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang hebat.

Photo Sphere

 
Fungsi ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar sesuatu sudut di tempat yang lebih luas. Ianya boleh dikawal bermula dari kiri ke kanan atau atas kebawah mengikut dot yang telah ditetapkan dan hasilnya sangat hebat

Panorama

 

Apa yang menarik tentang fungsi panorama ini adalah bukan seperti aplikasi kamera lain yang biasa saya jumpa yang hanya memberi kita mengambil panorama dari kiri ke kanan sahaja. Pada Google Camera menawarkan anda mengambil panorama secara menegak, segi empat dan bulat (Fish Eye). Ianya sangat menarik bagi saya.

Lens Blur

 

 

Lens blur seperti yang semua sudah maklum ianya mengambil sesuatu objek yang mempunyai dua bahagian iaitu sharp dan blur. Kita boleh adjust sama ada untuk setting sharp di bahagian-bahagian tertentu mengikut cita rasa seseorang itu.

Camera




Fungi utama bagi sebuah aplikasi kamera iaitu mengambil gambar. Ini yang saya katakan simple but nice pada mula artikel. Fungsi ini mempunyai timer, grid, HDR (hanya pada telefon pintar Nexus 5), Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Video


Tidak lengkaplah jika sesebuah aplikasi kamera tidak didatangkan sekali dengan fungsi rakaman video. Ciri-ciri yang ada pada fungsi video adalah Grid, Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Apa yang membuatkan fungsi Camera dan Video menjadi lebih menarik?
 
Ianya pada setting aplikasi ini yang menawarkan fungsi menukar resolusi wide screen (16:9) atau biasa (4:3). Kini ciri terbaru yang telah dikemaskini oleh Google iaitu kawalan dari jauh dengan menggunakan Google Wear Devices.

Requirements:

• Works on phones and tablets running Android 4.4+ KitKat
• Photo Sphere and Panorama require a gyro sensor (not available on Moto G)
• Photo Sphere, Panorama, and Lens Blur require at least 1 gigabyte of memory
• HDR mode only on Nexus 5

Akhir kata dari saya, lihatlah rakaman gambaran aplikasi Google Camera dari saya.



Dapatkan aplikasi ini secara percuma di Google Play

Kredit : Droid-Life and Android Police


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca,

Pernah dengar tentang peranti telefon Samsung Galaxy Grand? Kini saya telah mendapat maklumat bahawa Galaxy Grand yang lebih mengfokuskan kepada "Virus Selfie" yang digelarkan Galaxy Grand Prime telah tertiris gambar dan spesifikasi.

Terdapat beberapa fakta menarik yang akan saya kongsikan daripada sumber laman Vietnam TheGioididong.com. Menurut gambar yang kita lihat peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel bagi meningkatkan kepuasan Selfie dan Video Call. Peranti ini juga mempunya skrin bersaiz 5" QHD yang jauh lebih baik daripada paparan WVGA biasa.


Peranti ini akan menjadi peranti dual-sim seperti pendahulunya. Peranti ini dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 400 CPU mencatatkan pada 1.2 GHz, Memori 1GB dan ruang storan 8GB. Menurut sumber juga peranti akan menggunakan Android 4.4 KitKat. Dari segi rekabentuk ianya tidak berubah daripada pendahulunya.

Peranti ini dijangkan akan mendarat kira-kira bulan Oktober 2014. Persoalannya mampukah peranti ini dapat menyaingi pesaingnya yang lain seperti Sony Xperia C3, Nokia Lumia 730, Desire 830 dan sebagainya sedang mengalukan kedatangan Galaxy Grand Prime.


Walaupun maklumat ini tidak rasmi, ianya dapat memberi sedikit gambaran selepas membaca ini kerana kita tidak pasti sama ada maklumat ini ternyata benar atau kekal sebagai khabar angin pada akhirnya.

Selamat Hari Malaysia dari Angelezo 

Sumber :  TheGioididong dan Amanz



Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya,

Sejak kebelakangan ini saya melihat fenomena iFag dan Android Fag masing-masing menyampaikan pendapat dan kelebihan OS yang mereka gunakan pada peranti telefon pintar. Cerita ini tidak akan pernah berakhir kerana setiap OS dicipta ada kelebihan dan kekurangan.

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat bagaimana iOS dan Android bekerja secara teknikal dalaman.

iOS direka dari bawah ke atas untuk menjadi mudah bagi digunakan untuk pembangun. API yang sangat kuat yang dibangunkan oleh Apple untuk memudahkan tugas dan memanfaatkan kuasa perkakasan yang sangat khusus untuk memastikan kemudahan maksimum penggunaan dan prestasi tinggi.  

Ubahsuaian adalah terhad untuk memastikan garis panduan tertentu sentiasa bertemu untuk menyimpan status quo. Merekacipta untuk perkakasan bukan-Apple adalah amat sukar jika tidak mustahil. Merekabentuk peranti perkakasan untuk iOS adalah sukar kerana mereka mesti memenuhi piawaian yang ketat.

Android direka dari bawah ke atas bagi menjadi mudah untuk dilaksanakan pengeluar perkakasan. Ia adalah sangat fleksibel dengan pelbagai jenis komponen perkakasan dan membolehkan ia berjalan pada beribu-ribu peralatan yang sangat berbeza. Ia memberikan rangka kerja asas dan kemudian meminta pengeluar perkakasan dan pemaju untuk membentuk kepada keperluan mereka. 

Ini menawarkan fleksibiliti yang besar tetapi tidak mempunyai banyak alat yang hebat seperti akses kepada memanfaatkan GPU untuk pengekodan (encoding) video, iOS kepada komunikasi Bluetooh Android tidak dicipta memenuhi kehendak perkakasan pengeluar dan tidak mencipta API untuk menyokong mereka. Ini menjadikan kehidupan lebih sukar bagi pembangun.

Sekian itu sahaja perkongsian ringkas dari saya supaya anda kenal secara teknikal dalaman antara iOS dan Android bekerja.

Kredit : Bubblews
Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul