[SHARE] Pelancaran Event Bitstrip Sempena Ulangtahun Rileks Community yang Pertama


Assalamualaikum,Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat belaka.. Alhamdulilah... Kali ini saya datang dengan hati yang terbuka untuk mengajak anda semua untuk menyertai Event Bitstrip yang dianjurkan oleh Forum Rileks Community iaitu sebuah forum di mana salah satu tempat yang banyak saya menimba ilmu.

Rileks Community telah mencapai satu kejayaan besar di dalam dunia forum di Malaysia iaitu dengan ditubuhkan pada 6/11/2012 dan kini akan menjelang Ulangtahun RC.MY yang pertama.

Dengan ini Rileks Community telah melancarkan sebuah event yang diberi nama Bitstrips Versi RC.MY bagi mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan pelawat rc.my.

Apakah Bitstrip ni?

Anda boleh lihat di sini:  https://www.rc.my/Thread-Tutorial-Bitstrips-di-Android-dan-Facebook

Apa yang saya dapat lihat Bitstrip adalah suatu cara untuk kita menyampaikan sesuatu perasaan atau kata-kata dengan lebih menarik dan kreatif.

GANJARAN ATAU HADIAH?

Hadiah yang anda akan terima adalah mempunyai dua versi iaitu Versi Realiti dan Virtual.
Virtual bermaksud hadiah ini hanya bernilai dan diguna pakai dalam forum rc.my sahaja.

Jeng jeng jeng...

KATEGORI HADIAH:

1) HADIAH JURI PROFESIONAL:
1. Juri profesional yang terdiri daripada para admin, founder dan para designer RC.my akan menilai dan menentukan seorang pemenang utama kategori ini.
2. Pemenang kategori ini akan menerima:


Hadiah utama:

=> Topup bernilai RM20
=> Pas RC VIP di forum RC.my selama 3 bulan (bernilai RM20)

=> RC point sebanyak 1, 000, 000. 00 Gold
=> Rumah kampung
=> Leica M-Monochrom
=> Samsung Galaxy S III

2) HADIAH JURI AWAM:
1. Juri awam terdiri daripada para pengguna dan likers di Facebook. Pemenang ditentukan mengikut like terbanyak sehingga tarikh tutup penyertaan. Like dan reputation di forum tidak dikira.
2. Pemenang Hadiah Juri Profesional secara automatik tidak layak untuk memenangi kategori ini.
3. Pemenang kategori ini akan menerima:

Hadiah utama:
Tiga orang pemenang hadiah utama akan menerima:

=> Topup bernilai RM10
=> Pas RC VIP di forum RC.my selama 1 bulan (bernilai RM10)

=> RC point sebanyak 500, 000. 00 Gold
=> Rumah Kampung
=> Leica M-Monochrom
=> Samsung Galaxy S III

Sagu hati:
Lapan orang pemenang sagu hati akan menerima:

=> Topup bernilai RM5
=> RC point sebanyak 200, 000. 00 Gold
=> Jersi Malaysia Home

3) SAGU HATI:
Setiap peserta pertandingan yang tidak memenangi mana-mana Hadiah Juri Profesional dan Hadiah Juri Awam akan menerima RC point sebanyak 100, 000.00 Gold.

*Biru = Realiti dan Ungu = Virtual

Semua hadiah adalah virtual semata-mata yang boleh dibeli di RC Shop, kecuali topup.
Kalau rasa nak jadi VIP Kat RC.MY mai2 la join cepat... sonok woo jadi vip.. dilayan dengan mesra alam hehe...
 
Untuk maklumat lebih lanjut dan ingin menyertainya?

Sila ke pautan ini : https://www.rc.my/Thread-Release-Event-Bitstrips-Versi-RC-my

*Kepada yang belum register. Sila register terlebih dahulu untuk menyertai event ini.


Terima kasih.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul