[SHARE] Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba


Assalamuailkum kepada pembaca artikel ini. Salam Aidilfitri juga saya ucapkan kepada anda semua. Wujudnya artikel ini adalah sebagai tanda berterima kasih kepada anda semua yang telah menyokong dan membantu saya untuk terus berada di alam maya.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri saya ingin memohon maaf kepada anda semua, andai kata saya terkasar bahasa, melakukan perkara yang anda tidak suka atau troll yang melampau batas. Ku susun 10 jari tanda kemaafan di pinta. Izinkan saya berkongsi sebuah dua buah pantun.

Dengar Sini Wahai Kawan-Kawan
Biar Hati Tertarik dan Tertawan
Ucapan Selamat Hari Raya Aku ucapkan
Tidak Kira di Malaysia atau Perantauan

Indahnya Rasa Balik Kampung Kedah
Lagi Indah Dapat Terjun Kolam
Maafkan Daku Dari Atas ke Bawah
Maafkan Daku Dari Luar dan Dalam

Ok dah habis slot nangis-nangis huhu... Kali ini admin akan ceritakan serba sedikit tentang isi kandungan buku ini. Kepada yang belum membaca Artikel Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?

Jadi admin cadangkan apa kata anda luangkan masa seketika untuk membaca isinya. Kepada yang dah pernah baca, ok mari kita tinggalkan yang dok baca tu.

 

Info Ebook
6 Ogos 2013 | HD PDF | 1.39 MB | Percuma

Amacam dah tengok isi kandungan dia?

Ok di dalam buku ini penulis bercerita secara simple tetapi padat untuk diterjemahkan  kepada pembaca agar lebih mudah memahami. Penulis juga menggabungkan bahasa melayu dan inggeris bagi penggunaan term IT yang menjadi kebiasan orang kita gunakan pada hari ini.

Selain itu ada info-info yang ramai orang tidak tahu seperti mengenal ESD, bagaimana hendak tanggani dan langkah-langkah juga di beritahu dalam buku ini. 

Buku ini juga mempunyai keistmewaannya yang tersendiri iaitu penulis juga ada berkongsi gambar-gambar tool yang digunakan semasa proses membuka dan pemasangan perkakasan laptop. Jadi pembaca tidak lah akan berasa seperti terpinga-pinga jika mencari barang ini di kedai-kedai komputer.

Kenapa penulis tidak menjual ebook ini?

Bagi saya ilmu yang saya dapat ini adalah dengan izin Allah SWT dan saya wajib untuk berkongsi dengan anda semua. Setiap hasil penulisan saya biarlah anda yang menilai sendiri kerana setiap penilaian itu adalah subjektif dan saya tidak berhak untuk meletakkan harga untuk ebook ini.

Jika anda rasa ingin menyumbang kepada saya tidak kira walaupun RM 1, yang penting keikhlasan anda diutamakan. Saya telah menyediakan no akaun bank saya pada akhir ebook ini. Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi menderma dan membaca ebook saya ini. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu saya melahirkan lagi ebook yang lebih berkualiti dan berguna kepada bangsa, masyarakat dan agama.

Dapatkan Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba  >>

Jadi saya akhiri artikel ini dengan sebuah lagu yang saya rasa menarik untuk didendangkan kepada anda. Nama lagu ini Salam Lebaran. Layanzzzz.. Assalamualaikum.. dan Selamat Hari Raya...




Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul