[SHARE] Samsung Galaxy Grand Prime Tertiris




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca,

Pernah dengar tentang peranti telefon Samsung Galaxy Grand? Kini saya telah mendapat maklumat bahawa Galaxy Grand yang lebih mengfokuskan kepada "Virus Selfie" yang digelarkan Galaxy Grand Prime telah tertiris gambar dan spesifikasi.

Terdapat beberapa fakta menarik yang akan saya kongsikan daripada sumber laman Vietnam TheGioididong.com. Menurut gambar yang kita lihat peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel bagi meningkatkan kepuasan Selfie dan Video Call. Peranti ini juga mempunya skrin bersaiz 5" QHD yang jauh lebih baik daripada paparan WVGA biasa.


Peranti ini akan menjadi peranti dual-sim seperti pendahulunya. Peranti ini dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 400 CPU mencatatkan pada 1.2 GHz, Memori 1GB dan ruang storan 8GB. Menurut sumber juga peranti akan menggunakan Android 4.4 KitKat. Dari segi rekabentuk ianya tidak berubah daripada pendahulunya.

Peranti ini dijangkan akan mendarat kira-kira bulan Oktober 2014. Persoalannya mampukah peranti ini dapat menyaingi pesaingnya yang lain seperti Sony Xperia C3, Nokia Lumia 730, Desire 830 dan sebagainya sedang mengalukan kedatangan Galaxy Grand Prime.


Walaupun maklumat ini tidak rasmi, ianya dapat memberi sedikit gambaran selepas membaca ini kerana kita tidak pasti sama ada maklumat ini ternyata benar atau kekal sebagai khabar angin pada akhirnya.

Selamat Hari Malaysia dari Angelezo 

Sumber :  TheGioididong dan Amanz
Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul