Salam Bual Bicara Izzul Akmal


Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang disayangi dan dihormati. Hadirnya atau wujudnya Blog ini adalah bukan kerana cinta tapi kerana sayang. Sayang akan generasi-generasi yang ingin menceburi bidang teknologi maklumat tetapi tiada tempat untuk mencari ilmu.

Siapakah saya?

Ok saya perkenalkan diri. Nama penuh saya adalah Muhammad Izzul Akmal Bin Othman. Saya dilahirkan di Kedah dan membesar serta menerima pembelajaran secara meluas di Kuala Lumpur dan Selangor akan tetapi saya menetap di Perak. Biasalah hidup seorang perantau.

Pasti di antara anda yang telah mengenali diri saya atau masih tertanya-tanya siapakah penulis sebenarnya? Kepada yang masih tertanya-tanya maka hentilah bertanya kerana cukup sekadar anda lihat di Kenali Penulis di bawah bahagian kiri blog ini hehe

Saya sebenarnya bukanlah tau sangat dalam bidang teknologi maklumat ni tapi mungkin Allah SWT telah memberi saya jalan untuk melalui liku-liku hidup seorang pelajar teknologi maklumat. Di masa akan datang saya tidak tahu apa yang akan saya lalui lagi. Wallahualam...

Ok mari kita berbicara tentang apa yang akan di isi dalam blog ini?

Blog ini adalah tempat pengumpulan segala artikel-artikel yang telah ditulis oleh saya selama ini dan akan diletakkan di sini. Blog ini juga akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kelapangan dan pengalaman yang saya terima dari peredaran zaman teknologi yang kian pantas berlalu.

Blog ini lebih kepada perkongsian ilmu teknologi maklumat dari segi hardware dan software kerana bagi saya tiada 2 ini maka tiadalah programming, networking, hacking, and cracking dan yang sewaktuing dengannya.

Sebelum ini menulis di mana?

Sebelum ini saya hanya menjadi penulis jemputan di sebuah Blog yang bagi saya adalah sebuah Site yang amat masyhur dan tersohor di Malaysia dan mungkin di Asia. Nama blog tersebut adalah OMG! Hackers? di mana Admin nya yang dikenali sebagai Arya Putra yang amat hebat bagi saya dan layak menjadi mentor kepada setiap yang ingin menceburi dalam bidang IT.

Beliau saya amat kagumi kerana kegigihan dan sikap beliau yang suka berkongsi ilmu walaupun ada di antara orang di luar sana mengangapnya sesuatu yang sudah BIASA.. tetapi percayalah anda ramai lagi yang tidak mengetahui dari yang tahu.

Seorang lagi saya kagumi di dalam dunia maya dan realiti adalah seorang budak. YA boleh dikatakan budak kerana beliau menceburi bidang Blogger dari waktu Form 4 dan telah berjaya mencipta nama dengan kepakaran dan penulisan beliau yang amat diminati ramai sehingga menjilat skrin laptop. Haha. Beliau dikenali sebagai Danial Abdul Rahim iaitu salah seorang yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Tidak lupa juga kepada 2 buah forum yang tidak akan saya lupakan iaitu Silent Hackers dan Rileks Community. Di mana penggunanya yang sporting dan baik hati rajin berkongsi ilmu dengan saya dan forumer yang lain. Dari sini lah saya mengenal erti PENGURUSAN setiap forumer yang ada di dunia ini ahaks.

Rajin-rajinlah berforum tidak kiralah di mana forum anda berada yang penting etika dan peraturan forum tersebut anda patuhi. Forumer yang hebat datang dari SIKAP yang hebat, maka jadilah forumer yang beretika.

Ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca setia saya yang sudi membaca walaupun kadangkala saya ada melakukan kesalahan fakta atau info, anda tetap membetulkan saya. Saya amat berterima kasih atas teguran tersebut. KERANA setiap teguran anda akan dapat membantu saya melahirkan ARTIKEL yang lebih bermutu di masa akan datang.

Akhir kata?

Ok la akhir kata saya kepada anda semua, saya berharap agar ramai anak muda yang meminati dalam bidang IT haraplah lebih gigih menjadi seorang yang rajin MENEROKA dunia maya dan TRY and ERROR bagi setiap percubaan anda. Anak-anak muda inilah yang akan membantu masyarakat, bangsa dan agama dengan lebih mantap dan efisyen kerana kudrat yang telah diberikan oleh Ilahi yang masih kuat dan sihat.

Alhamduilalh maka dengan ini saya melancarkan Blog Angelezo Sharing setelah anda tamat membaca CERPEN ini huhu.

Sekian Assalamualaikum...

Yang Benar,

Angelezo (Izzul Akmal Othman) :p
Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul