Assalamualaikum dan
selamat sejahtera kepada pembaca setia...
Artikel kali ini akan
menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan
sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari
pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi
tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak
sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang
mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda
kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop
maka perfomance nya akan semakin menurun.
Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical processor unit (GPU) anda.
Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus dari segi pembebasan haba:-
1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di bahagian heatsink laptop anda.
Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical processor unit (GPU) anda.
Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus dari segi pembebasan haba:-
1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di bahagian heatsink laptop anda.
2) Pengaliran udara yang
baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing
laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing
laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh
menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah
mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing
laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih
ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan
kereta BMW.
Antara jenama laptop
yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus,
Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi
pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga
boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-
- Faktor cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
- Laptop yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya. Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan laluan haba.
Bagaimana untuk
mengelakkan dari perkara ini berlaku?
- Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop kekal dalam keadaan terbaik.
- Jika tidak mampu untuk bekerja di kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
- Servis laptop secara berkala juga diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.
Kemudian
kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya
servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala
iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda
contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri
CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami
kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan
apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang
longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM
laptop.
Credit Image and fact by Courtesy of Dell Inc
Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo
0 ulasan:
Catat Ulasan