Hehe lama tak datang sini, sorry la..Alhamdulilah sejak kebelakangan ini ada ramai customer... So tak sempat nak tulis artikel...
Ok back to the topic. Artikel kali ini mengisarkan sebuah keluarga chips yang diberi nama Sandy Bridge.
Intel Core i3, Core i5 dan Core i7 telah berada di dalam dunia IT beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun saya dapati ramai yang masih tidak mengenali antara satu sama lain processor-processor ini. Jika kita lihat dari segi pandangan kasar, sudah semestinya semakin tinggi versi atau generation maka semakin tinggilah dia punya power.
Di sini saya bukan nak cerita siapa hebat siapa menang tetapi saya ingin menceritakan perbezaan ketiga-tiga jenis processor ini. Ramai orang yang beranggapan i3 mempunyai 3 core dan i5 mempunyai 5 core dan begitulah i7 mempunyai 7 core. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali.
Perbezaan antara i3, i5, dan i7 secara lebih terperinci
Ok apa yang dapat kita buat perbezaan di antara ketiga-tiga processor ini adalah dengan melihat berapa banyak Core, Clockspeed (in GHz), saiz Cache dan technology yang terkini seperti Turbo Boost dan HyperThreading.
Selain itu kita boleh lihat dari segi star yang akan saya tunjukkan di bawah ini.
Jadi seperti yang anda lihat gambar di atas apa yang saya dapat simpulkan:-
i3 = 3 star
i5 = 4 star
i7 = 5 star
So berapa star untuk celeron dan pentium?
Celeron = 1 star
Pentium = 2 star
Jadi anda sudah lihat dari sege kategori dari STAR yang diberikan. Sekarang ini kita akan lihat Berapa banyak Core untuk ketiga-tiga jenis processor ini.
Apa dia CORE?
Ok core nie ianya ibarat otak semakin banyak otak makin semakin banyak kerya yang boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Begitulah sebaliknya.
i3 adalah yang paling sedikit mempunyai core dari kelasnya yang tersendiri. Bagi i3 keseluruhan hanya ada 2 core sahaja ianya juga boleh dikatakan dual-cores. i5 pula mempunyai Quad-Core iaitu 4 Core kecuali i5-661 yang mempunyai hanya dual-core dan mempunyai clock speed yang sama seperti i3-560 iaitu 3.33 GHz.
Jenis Processor dan Core
i3 = 2 Core
i5 = 4 Core kecuali i5-661 (2 Core)
i7 = 4/6 Core
Apa yang menyebabkan anda perlu beli i5-661 berbanding i3-560? Walaupun jumlah Core dan Clockspeed ianya sama? Jawapannya i5-661 mempunyai technology Turbo Boost.
Apa dia Technology Turbo Boost?
Teknologi ini adalah dengan menaikkan ClockSpeed dengan dinamik apabila diperlukan. Ianya akan menaik mengikut jumlah Core yang tengah aktif semasa itu sahaja. So jika 1 core je yang bergerak maka clockspeed akan naik pada 1 core je dan ianya akan menjimatkan tenaga dan suhu processor.
Contohnya kita boleh lihat pada processor i5-661 yang saya cakap sebentar tadi. Ianya mampu mencapai ClockSpeed sehingga maksimum 3.6 GHz so disebabkan itulah saya cakap maka lebih berbaloi anda beli i5-661 berbanding i3-560 dengan jumlah harga yang tidak begitu ketara.
Selain itu Turbo Boost ini juga boleh dikatakan dalam bahasa simple adalah OverClocking (OC) yang sering para-para gamers lakukan sekarang ini. Untuk lakukan OC memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi supaya proccesoor anda tidak melebihi had yang sepatutnya. Jadi sedikit sebanyak teknologi Turbo Boost membantu anda untuk OC dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.
Apa itu Cache di dalam Processor?
Cache nie dalam bahasa mudah anda boleh anggap fungsinya seperti RAM tetapi lebih laju kerana ianya dicipta di dalam CPU itu sendiri. Ok tugasnya adalah untuk menyimpan data sementara. Tanpa Cache CPU akan membaca dari hard disk anda, dimana akan mengambil masa yang agak lama.
Secara basicnya RAM mempercepatkan hubungan dengan Hard Disk dan Cache akan mempercepatkan hubungan dengan RAM.
Jenis processor dan Cache
i3 = 3 MB
i5 = 6 MB kecuali i5-661 (4MB)
i7 = 8/12 MB
Jadi kesimpulannya semakin besar sesuatu Cache maka semakin banyak data yang boleh diakses semakin cepat.

Apa itu Hyper-Threading?
Kita mula bercerita tentang multitasking iaitu sesuatu kerja yang banyak boleh dilakukan di dalam satu-satu masa. Contohnya kita tengah menggunakan Word dan di samping itu kita juga membuka Player untuk mendegar lagu. Maka itu adalah dipanggil Multiple Thread.
Seperti yang telah ceritakan serba sedikit di atas 1 Core = 1 kerja , 2 Core = 2 kerja dan begitulah seterusnya. Dengan adanya technology ini seperti i3 yang mempunyai 2 core tetapi mampu bergerak secara efisyen apabila anda melakukan lebih dari 2 kerja seperti 4 kerja boleh dilakukan serentak. Sama seperti i5 yang mempunyai Quad Qore tidak mempunyai technology Hyper Threading ini.
Jadi seperti i7 yang mempunyai Quad Qore yang memiliki Hyper Threading Technology maka ianya mampu untuk melakukan 8 kerja secara serentak. Ditambah pula dengan Cache 8MB dan Technology Turbo Boost iainya seperti satu ramuan yang amat menyelerakan haha.
Jadi di sini jika anda ingin membeli processor atau pc/laptop hanya ingin melakukan kerja-kerja menulis document, online banking, mendengar lagu dan membaca maka i3 sudah memadai untuk anda.
Apa itu Generation di dalam Intel Processor?
Generation adalah penambahbaikan kira dalam bahasa pasar iaitu UPDATE. Apa yang dikemaskini?
Contoh waktu mulanya kenal i3, i5 dan i7 iaitu zaman Sandy Bridge kemudian 3rd generation iaitu Ivy Bridge iaitu copy dari Sandy Bridge cuma yg membezakan dari segi penaiktaraf nya sahaja. Kini yang terbaru 4th Generation (Haswell) iaitu copy dari Ivy Bridge dan ditambah Security yang lebih hebat dengan technology vPro.
Untuk Ivy Bridge (3rd Gengeration) processor nya adalah mengunnakan power yang sedikit maka haba yang dihasilkan akan menjadi sedikit dan dibina sekali dengan graphic chip yang lebih power. Dalam bahasa mudah 3rd Generation perfomance nya telah dinaik taraf sebanyak 10-15%.
Untuk mengulas lebih lanjut tentang Generation di dalam artikel ini adalah sangat banyak. Jadi saya tinggalkan dengan sebuah video dari Intel sendiri agar anda tahu perbezaan 2nd and 3rd Generation. Selamat Menonton.
Akhir kata dari saya PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Sekian terima kasih.
*Salah dan silap segala info atau fakta harap diperbetulkan di ruangan komen yang disediakan.

0 ulasan:
Catat Ulasan