Kali ini saya nak share sedikit info tentang Recover File. Apa yang saya ingin kongsikan adalah bukan mengenai recover windows iaitu Operating System tapi konsepnya yang hampir sama iaitu mendapatkan kembali file. Harap anda dapat luangkan masa untuk membaca sehingga tamat. :p
Ok pernahkah anda mengalami situasi terpadam file penting kemudian anda terpadam dari Recycle Bin atau anda telah menggunakan fungsi Permanent Delete (Shift + DEL)?
Jika tidak maka anda boleh baca sekadar pengetahuan. Tetapi jika YA... maka ini adalah artikel yang sesuai untuk anda.
Untuk permulaan mari kita mengenali Hard Disk (HDD) secara lebih dekat. Fail-fail yang di simpan di dalam hdd sebenarnya berada di dalam sector-sector yang berasingan. Jika anda perasan atau pernah melakukan defragment anda akan dapat melihat paparan virtual permukaan tempat penyimpanan data tersebut.
Contohnya jika anda menyimpan fail image. Maka sistem akan memecahkan kepada beberapa bahagian image tersebut dan menyimpan secara random di setiap kawasan yang tidak mempunyai fail atau fail yang telah di delete. Anda boleh lihat beberapa tempat kosong iaitu yang berwarna hijau. Maka di situ lah file image anda yang telah dipecahkan tadi dan disimpan di beberapa tempat yang berwarna hijau tersebut.
Seterusnya mari kita lihat di manakah fail-fail anda yang telah dipadam. Fail-fail anda sebenarnya tidak hilang tetapi akan berada pada layer yang bawah sedikit dari fail sebenar. Jadi jika anda telah format sekalipun hdd tersebut dan anda terus menjual/beri kepada sesiapa. Maka hdd anda dapat di RECOVER kembali kerana fail-fail tersebut masih wujud di dalam hdd tersebut.
Bagaimana hendak hilangkan sepenuhnya?
Ada 2 cara yang boleh dipraktikkan iaitu melakukan secara manual.
1) Manual
Anda hendaklah melakukan copy/paste fail ke dalam hard disk anda. Contohnya anda telah delete 100GB. Maka anda masukkan fail yang baru sebanyak 100GB maka kemungkinan untuk data 100GB yang asal telah ditindih oleh fail yang baru. Dalam erti kata lain Overwrite.
2) Automatik
Anda boleh menggunakan software-software overwrite hard disk. Contoh :-
atau anda ambil hard disk tersebut dan musnahkannya dengan mengambil tukul atau drill untuk menjahanmkan hdd tersebut.
Kita kembali kepada recover, seperti yang anda telah baca dan fahami perenggan di atas. Maka di sini fail-fail yang telah dipadam boleh direcover tetapi tidak boleh mendapat jaminan 100% recover.
Sebab?
- Kemungkinan fail yang telah dipadam tersebut berada pada layer yang telah dioverwrite apabila anda telah melakukan beberapa proses Write (Copy, Paste and Cut) setelah anda melakukan proses delete.
- Kemungkinan fail tersebut telah ditindih oleh Windows Update yang telah siap install ke dalam hdd anda selepas anda melakukan proses delete.
- Kemungkinan anda telah menggunakan software maintainance untuk mencuci fail dan melancarkan sistem operasi anda. Walaupun proses ini tidak dapat memadamkan 100% tetapi iainya akan menjejaskan sedikit sebanyak kedudukan asal fail tersebut dan boleh jadi sama ada corrupt jika anda dapat recover kembali.
1)Data yang hilang akibat anda terpadam atau telah dipadam dengan sengaja di dalam sistem operasi
Saya sediakan beberapa software yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan balik data-data tersebut. Saya akan bahagikan software kecil dan besar. Perbezaannya hanya lah pada fungsi dan size software tersebut.
Jadi untuk permulaan saya cadangkan anda menggunakan software kecil. Jika tidak dapat, anda boleh gunakan software besar. Andai tidak dapat juga fail yang dicari maka dalam erti kata lain fail anda telah tiada lagi.
Small Software (Free)
- Restoration (Recommended by me)
- Pandora Recovery 2.1.1
- Piriform Recuva
- iCare Data Recovery Enterprise 5.1 (Recommended by me)
- Stellar Phoenix Windows Data Recovery Professional 6.0 (Recommended by me)
- Raise Data Recovery for FAT/NTFS
Jika anda mendapat masalah seperti ini maka anda perlu risau. Tapi kita boleh menggunakan satu cara yang boleh dijangka untuk hidupkan kembali hard disk itu walaupun dalam beberapa minit.
Langkah-langkahnya :-
1) Cabut/Tanggalkan hdd tu dari pc.
2) Masukkan dalam plastik yang kedap udara supaya tidak ada pengewapan.
3) Kemudian letakkan di dalam peti sejuk dan biar kan selema beberapa jam atau sekelip mata. Tapi saya cadangkan 1 jam.
4) Seterusnya keluarkan dari peti sejuk dan cepat-cepat pasang pada cpu. Jika ianya boleh hidup maka anda harus melakukan proses recover secepat mungkin iaitu copy paste file yang penting sahaja je dalam storage kedua anda seperti pendrive atau external hard disk.
Mungkin ini kelihatan seperti tidak masuk akal. Tetapi saya yakin ianya ada hubungkait dengan suhu seperti yang telah saya ceritakan pada ebook saya yang terdahulu. Tidak salah mencuba dari membiarkan hard disk itu kekal selamanya mati tanpa berbuat apa-apa.
3) Menghantar hdd anda kepada pakar servis recovery yang berada berdekatan dengan tempat anda. Jika anda tinggal berdekatan dengan Low Yat anda boleh mencari Servis Recovery di sana. Cara ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan data-data anda kembali.
Kesimpulannya semakin cepat anda recover setelah delete maka semakin tinggi peluang fail-fail untuk dapat kembali.
Segala apa yang sampaikan di atas berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri. Jika ada salah info atau fakta boleh perbetulkan di ruangan komen. Atau ada suggestion software yang lebih menarik untuk digunakan pun boleh dikongsikan.
Jika anda tidak dapat membuka link yang telah diberikan pastikan anda >> ALLOW POP UP BLOCK.
Jika tidak dapat lihat isi harap anda Login/Register Forum RC.MY terlebih dahulu untuk lihat isi dalamnya.
Bantulah kami (Penulis) dengan share artikel di OMG! Hackers? dengan rakan-rakan yang lain untuk kami sebagai penulis terus hasilkan artikel-artikel yang lebih menarik dan berkualiti kepada anda semua.
Sekian. Selamat mencuba...
0 ulasan:
Catat Ulasan