Salam Bual Bicara Izzul Akmal


Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang disayangi dan dihormati. Hadirnya atau wujudnya Blog ini adalah bukan kerana cinta tapi kerana sayang. Sayang akan generasi-generasi yang ingin menceburi bidang teknologi maklumat tetapi tiada tempat untuk mencari ilmu.

Siapakah saya?

Ok saya perkenalkan diri. Nama penuh saya adalah Muhammad Izzul Akmal Bin Othman. Saya dilahirkan di Kedah dan membesar serta menerima pembelajaran secara meluas di Kuala Lumpur dan Selangor akan tetapi saya menetap di Perak. Biasalah hidup seorang perantau.

Pasti di antara anda yang telah mengenali diri saya atau masih tertanya-tanya siapakah penulis sebenarnya? Kepada yang masih tertanya-tanya maka hentilah bertanya kerana cukup sekadar anda lihat di Kenali Penulis di bawah bahagian kiri blog ini hehe

Saya sebenarnya bukanlah tau sangat dalam bidang teknologi maklumat ni tapi mungkin Allah SWT telah memberi saya jalan untuk melalui liku-liku hidup seorang pelajar teknologi maklumat. Di masa akan datang saya tidak tahu apa yang akan saya lalui lagi. Wallahualam...

Ok mari kita berbicara tentang apa yang akan di isi dalam blog ini?

Blog ini adalah tempat pengumpulan segala artikel-artikel yang telah ditulis oleh saya selama ini dan akan diletakkan di sini. Blog ini juga akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kelapangan dan pengalaman yang saya terima dari peredaran zaman teknologi yang kian pantas berlalu.

Blog ini lebih kepada perkongsian ilmu teknologi maklumat dari segi hardware dan software kerana bagi saya tiada 2 ini maka tiadalah programming, networking, hacking, and cracking dan yang sewaktuing dengannya.

Sebelum ini menulis di mana?

Sebelum ini saya hanya menjadi penulis jemputan di sebuah Blog yang bagi saya adalah sebuah Site yang amat masyhur dan tersohor di Malaysia dan mungkin di Asia. Nama blog tersebut adalah OMG! Hackers? di mana Admin nya yang dikenali sebagai Arya Putra yang amat hebat bagi saya dan layak menjadi mentor kepada setiap yang ingin menceburi dalam bidang IT.

Beliau saya amat kagumi kerana kegigihan dan sikap beliau yang suka berkongsi ilmu walaupun ada di antara orang di luar sana mengangapnya sesuatu yang sudah BIASA.. tetapi percayalah anda ramai lagi yang tidak mengetahui dari yang tahu.

Seorang lagi saya kagumi di dalam dunia maya dan realiti adalah seorang budak. YA boleh dikatakan budak kerana beliau menceburi bidang Blogger dari waktu Form 4 dan telah berjaya mencipta nama dengan kepakaran dan penulisan beliau yang amat diminati ramai sehingga menjilat skrin laptop. Haha. Beliau dikenali sebagai Danial Abdul Rahim iaitu salah seorang yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Tidak lupa juga kepada 2 buah forum yang tidak akan saya lupakan iaitu Silent Hackers dan Rileks Community. Di mana penggunanya yang sporting dan baik hati rajin berkongsi ilmu dengan saya dan forumer yang lain. Dari sini lah saya mengenal erti PENGURUSAN setiap forumer yang ada di dunia ini ahaks.

Rajin-rajinlah berforum tidak kiralah di mana forum anda berada yang penting etika dan peraturan forum tersebut anda patuhi. Forumer yang hebat datang dari SIKAP yang hebat, maka jadilah forumer yang beretika.

Ribuan terima kasih kepada pembaca-pembaca setia saya yang sudi membaca walaupun kadangkala saya ada melakukan kesalahan fakta atau info, anda tetap membetulkan saya. Saya amat berterima kasih atas teguran tersebut. KERANA setiap teguran anda akan dapat membantu saya melahirkan ARTIKEL yang lebih bermutu di masa akan datang.

Akhir kata?

Ok la akhir kata saya kepada anda semua, saya berharap agar ramai anak muda yang meminati dalam bidang IT haraplah lebih gigih menjadi seorang yang rajin MENEROKA dunia maya dan TRY and ERROR bagi setiap percubaan anda. Anak-anak muda inilah yang akan membantu masyarakat, bangsa dan agama dengan lebih mantap dan efisyen kerana kudrat yang telah diberikan oleh Ilahi yang masih kuat dan sihat.

Alhamduilalh maka dengan ini saya melancarkan Blog Angelezo Sharing setelah anda tamat membaca CERPEN ini huhu.

Sekian Assalamualaikum...

Yang Benar,

Angelezo (Izzul Akmal Othman) :p

0 ulasan:

Catat Ulasan

[INFO] Apakah Maksud "Recover File"?


Salam kepada pembaca setia yang disayangi hak hak...

Kali ini saya nak share sedikit info tentang Recover File. Apa yang saya ingin kongsikan adalah bukan mengenai recover windows iaitu Operating System tapi konsepnya yang hampir sama iaitu mendapatkan kembali file. Harap anda dapat luangkan masa untuk membaca sehingga tamat. :p

Ok pernahkah anda mengalami situasi terpadam file penting kemudian anda terpadam dari Recycle Bin atau anda telah menggunakan fungsi Permanent Delete (Shift + DEL)?

Jika tidak maka anda boleh baca sekadar pengetahuan. Tetapi jika YA... maka ini adalah artikel yang sesuai untuk anda.

Untuk permulaan mari kita mengenali Hard Disk (HDD) secara lebih dekat. Fail-fail yang di simpan di dalam hdd sebenarnya berada di dalam sector-sector yang berasingan. Jika anda perasan atau pernah melakukan defragment anda akan dapat melihat paparan virtual permukaan tempat penyimpanan data tersebut.

Contohnya jika anda menyimpan fail image. Maka sistem akan memecahkan kepada beberapa bahagian image tersebut dan menyimpan secara random di setiap kawasan yang tidak mempunyai fail atau fail yang telah di delete. Anda boleh lihat beberapa tempat kosong iaitu yang berwarna hijau. Maka di situ lah file image anda yang telah dipecahkan tadi dan disimpan di beberapa tempat yang berwarna hijau tersebut.


Seterusnya mari kita lihat di manakah fail-fail anda yang telah dipadam. Fail-fail anda sebenarnya tidak hilang tetapi akan berada pada layer yang bawah sedikit dari fail sebenar. Jadi jika anda telah format sekalipun hdd tersebut dan anda terus menjual/beri kepada sesiapa. Maka hdd anda dapat di RECOVER kembali kerana fail-fail tersebut masih wujud di dalam hdd tersebut.

Bagaimana hendak hilangkan sepenuhnya?
Ada 2 cara yang boleh dipraktikkan iaitu melakukan secara manual.

1) Manual
Anda hendaklah melakukan copy/paste fail ke dalam hard disk anda. Contohnya anda telah delete 100GB. Maka anda masukkan fail yang baru sebanyak 100GB maka kemungkinan untuk data 100GB yang asal telah ditindih oleh fail yang baru. Dalam erti kata lain Overwrite.

2) Automatik
Anda boleh menggunakan software-software overwrite hard disk. Contoh :-

atau anda ambil hard disk tersebut dan musnahkannya dengan mengambil tukul atau drill untuk menjahanmkan hdd tersebut.

Kita kembali kepada recover, seperti yang anda telah baca dan fahami perenggan di atas. Maka di sini fail-fail yang telah dipadam boleh direcover tetapi tidak boleh mendapat jaminan 100% recover.

Sebab?
  • Kemungkinan fail yang telah dipadam tersebut berada pada layer yang telah dioverwrite apabila anda telah melakukan beberapa proses Write (Copy, Paste and Cut) setelah anda melakukan proses delete.
  • Kemungkinan fail tersebut telah ditindih oleh Windows Update yang telah siap install ke dalam hdd anda selepas anda melakukan proses delete.
  • Kemungkinan anda telah menggunakan software maintainance untuk mencuci fail dan melancarkan sistem operasi anda. Walaupun proses ini tidak dapat memadamkan 100% tetapi iainya akan menjejaskan sedikit sebanyak kedudukan asal fail tersebut dan boleh jadi sama ada corrupt jika anda dapat recover kembali.
 Jadi bagaimana jika anda ingin recover juga?

1)Data yang hilang akibat anda terpadam atau telah dipadam dengan sengaja di dalam sistem operasi

Saya sediakan beberapa software yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan balik data-data tersebut. Saya akan bahagikan software kecil dan besar. Perbezaannya hanya lah pada fungsi dan size software tersebut.

Jadi untuk permulaan saya cadangkan anda menggunakan software kecil. Jika tidak dapat, anda boleh gunakan software besar. Andai tidak dapat juga fail yang dicari maka dalam erti kata lain fail anda telah tiada lagi.

Small Software (Free)
Big Software (Cracked)
 2) Data yang hilang akibat dari kerosakan fizikan seperti bunyi klik dalam hard disk tu atau akibat bencana seperti terhempas. Dalam bahasa IT kita akan panggil Click of Death (COD).

Jika anda mendapat masalah seperti ini maka anda perlu risau. Tapi kita boleh menggunakan satu cara yang boleh dijangka untuk hidupkan kembali hard disk itu walaupun dalam beberapa minit.

Langkah-langkahnya :-

1) Cabut/Tanggalkan hdd tu dari pc.
2) Masukkan dalam plastik yang kedap udara supaya tidak ada pengewapan.
3) Kemudian letakkan di dalam peti sejuk dan biar kan selema beberapa jam atau sekelip mata. Tapi saya cadangkan 1 jam.
4) Seterusnya keluarkan dari peti sejuk dan cepat-cepat pasang pada cpu. Jika ianya boleh hidup maka anda harus melakukan proses recover secepat mungkin iaitu copy paste file yang penting sahaja je dalam storage kedua anda seperti pendrive atau external hard disk.

Mungkin ini kelihatan seperti tidak masuk akal. Tetapi saya yakin ianya ada hubungkait dengan suhu seperti yang telah saya ceritakan pada ebook saya yang terdahulu. Tidak salah mencuba dari membiarkan hard disk itu kekal selamanya mati tanpa berbuat apa-apa.

3) Menghantar hdd anda kepada pakar servis recovery yang berada berdekatan dengan tempat anda. Jika anda tinggal berdekatan dengan Low Yat anda boleh mencari Servis Recovery di sana. Cara ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan data-data anda kembali.

Kesimpulannya semakin cepat anda recover setelah delete maka semakin tinggi peluang fail-fail untuk dapat kembali.

Segala apa yang sampaikan di atas berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri. Jika ada salah info atau fakta boleh perbetulkan di ruangan komen. Atau ada suggestion software yang lebih menarik untuk digunakan pun boleh dikongsikan.

Jika anda tidak dapat membuka link yang telah diberikan pastikan anda >> ALLOW POP UP BLOCK. 
Jika tidak dapat lihat isi harap anda Login/Register Forum RC.MY terlebih dahulu untuk lihat isi dalamnya.

Bantulah kami (Penulis) dengan share artikel di OMG! Hackers? dengan rakan-rakan yang lain untuk kami sebagai penulis terus hasilkan artikel-artikel yang lebih menarik dan berkualiti kepada anda semua.

Sekian. Selamat mencuba...

0 ulasan:

Catat Ulasan

(INFO) Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia...
Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop maka perfomance nya akan semakin menurun.

Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical processor unit (GPU) anda.

Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus dari segi pembebasan haba:-

1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di bahagian heatsink laptop anda.
2) Pengaliran udara yang baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan kereta BMW.

Antara jenama laptop yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus, Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-

  •  Faktor cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
  • Laptop yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya. Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan laluan haba.
Bagaimana untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku?

  • Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop kekal dalam keadaan terbaik.
  • Jika tidak mampu untuk bekerja di kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
  • Servis laptop secara berkala juga diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.

Kemudian kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM laptop. 
Credit Image and fact by Courtesy of Dell Inc
 Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[INFO] Menubar Unix/Mac pada Windows?


Salam,

Semasa saya sedang berenang-renang dalam lautan google tetiba saya tertarik dengan satu projek yang dinamakan Nucleus. Projek ini sedang dijalankan oleh SingularLabs dan apa yang dimaklumkan bahawa projek ini di tahap Alpha. Belum lagi masuk Beta ye kawan-kawan.



Ok apa yang Nucleus nie boleh buat pada windows anda?

Setelah apa yang saya dapat rumuskan Nucleus ini mengubah menubar yang sediakala windows kepada rupabentuk dan fungsi yang sama terdapat pada Unix/Mac katanya.


Menu Notification Terminal

Apa fungsi-fungsi yang ada?

Menubar  ini mempunya sistem notifikasi (Notification System) contohnya anda mendapat email dari gmail. Jadi aplikasi gmail akan menghantar notifikasi terus ke pc anda. Ianya juga dapat menyesuaikan dengan system windows yang dipanggil Windows Integaration 



Miss the start menu in Windows 8? Nucleus provides quick access to your libraries and various Windows function, like "shut down" and "reboot."
Windows Integration
The notification system will show important system events, program alerts and even notifications from popular web services. It's accessible to other apps thanks to an open API
System Notification


Ianya dilengkapi dengan Terminal yang sudah menjadi kebiasaan kepada user Linux. Akan tetapi jangan anda ingat terminal ini 100% seperti yang ada pada Linux OS. Fungsi terminal pada peringkat awal yang saya lihat mereka meletakkan fungsi akses windows feature dan information, command to stop and start process, selesaikan masalah math, launch a website (buka web browser mayb), dan banyak lagi fungsi yang akan dimasukkan.

The terminal  lets power-users quickly access important Windows features and information. There are commands to stop and start processes, solve math problems, search the internet, launch a website and much more. It’s accessible using a keyboard shortcut so you never need to leave the keyboard.

Untuk pengetahuan anda walaupun iainya masih peringkat Alpha. Pihak SingularLabs membenarkan orang ramai menggunakan perisian ini tetapi dengan syarat yang telah ditetapkan.

Nucleus is currently in active development. This pre-release should be considered an alpha version. It is not suitable for general everyday usage. Please only use in an approved testing environment.

Agreement: Nucleus is downloaded solely at your own risk. SingularLabs cannot be held liable for any damages resulting from the use of this computer program.

Requirements:

The Microsoft .NET Framework (any version) needs to be installed to use. You won’t need to download anything unless you’ve explicitly removed the version of .NET that shipped with your Windows version.

Install Instructions

The files contained in the downloaded .zip must be placed into a folder in ‘C:\Program Files.’ Ensure you configure ‘Nucleus.exe’ to run as an administrator. If you do not know how to do either of these things, please do not download Nucleus – come back in a few months time.

(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan software ini sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).

Download Nucleus 0.2.0-alpha


Sekian itu sahaja info terkini dari saya.

Homepage Nucleus

Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[TUTORIAL] Screenshot Picture with Watermark


Salam kepada pembaca...

Ingat tak lagi janji saya pada post ini >> [OMG! REVIEWS] Ashampoo Snap 6 with Crack

Di situ saya telah berkata ingin membuat sedikit tutorial untuk letakkan watermark pada setiap screenshot anda.

Watermark itu apa? Ok watermark ini adalah sesuatu yang digunakan kepada seseorang yang suka ambil gambar, design graphic or screenshot yang diambil oleh kita sendiri dan untuk membuktikan ianya adalah hasil daripada seseorang itu sendir dan tidak boleh di ciplak (cetak rompak) oleh orang lain. Watermark ini lebih sesuai digunakan kepada grafik dan video sahaja. More info anda boleh la google yek

Ok sebenarnya kita menggunakan software (perisian) yang bernama Ashampoo Snap.

Ok mari kita mulakan tutorial kita iaitu semudah ABC : Snap (Screenshot) > Edit > Upload > Siap

Itulah yang kita akan lakukan sebentar lagi.

1) Sila download dulu software ini >> Ashampoo Snap 6.0.2 MultiLanguage Full Version with Crack

2) Ok lepas tu install seperti yang diarahkan di dalam thread tersebut.

3) Setting watermark terlebih dahulu di bahagian Configure > More Options > Capture > Save and Close
Kemudian anda boleh ubah watermark mengikut kesukaan anda sama ada pada text atau image atau kedua-duanya sekali.

[Image: LWagaG0.png]




Image has been scaled down 5% (800x605). Click this bar to view original image (836x632). Click image to open in new window.

4) Saya mengambil contoh snap paling mudah dengan klik Capture Free Rectangle Region. Hanya dengan membawa mouse anda ke atas skrin sebelah kanan yang ada line biru tu. Kemudian akan terpapar beberapa tools yang boleh digunakan untuk mengambil gambar.

5) Process editing yang akan muncul setelah anda snap.

Image has been scaled down 42% (800x450). Click this bar to view original image (1366x768). Click image to open in new window.
[Image: bdw0tF5.png]


6) Kini tibalah masa untuk anda upload ke Internet dengan menggunakan tools yang telah disediakan.

[Image: PnYUWoa.png]

Selesai sudah tutorial ringkas dari saya. RCcool
So selepas ini segala image atau video yang dirakam oleh Ashampoo snap ini secara automatik akan ada watermark anda.

Sekian terima kasih.

 Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul