[REVIU] SHAREit - Penghubung antara Android, Windows dan iOS


Assalamualaikum kepada para pembaca yang setia,



Artikel kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi perkongsian fail yang dicipta dari Lenovo. Aplikasi ini dinamakan SHAREit. Untuk permulaan anda boleh membaca quote ayat di bawah dari KC.Lenovo.com

The world's fastest way to share photos, apps and more across devices… without network charges or Wi-Fi connection.
Lenovo SHAREit eliminates the need for cables to wirelessly transfer information rapidly between devices – either with friends, or to take your personal content on the go.

  • Share everything with other devices – pictures, videos, music files, documents, contacts… even apps(Android only)!
  • Devices with SHAREit can automatically find each other when in range.
  • Transfer HUGE files and videos in seconds… up to 60x faster than Bluetooth®.
  • Share without the need for Bluetooth, phone network or active Wi-Fi network… you don't pay a cent for network charges. Devices wirelessly connect directly.
  • Even the app itself can be shared to other devices wirelessly, and rapid sharing can begin immediately.
  • Supports group sharing – up to 5 devices simultaneously. Instantly share a party video, music album or photo library to up to five friends at once!

Sebelum ini kita selalu berkongsi fail dengan rakan dengan menggunaka koneksi Bluetooth yang boleh dikatakan perlahan di abad ini kerana fail yang kita kongsi bukan lagi bersaiz Kilobyte malahan Megabyte dan ada juga Gigabyte. Saya percaya fail jenis besar anda selalu akan menggunakan platform Cloud Storage atau USB Cable (Transfer via PC/Laptop).

Apa yang menarik saya boleh katakan untuk aplikasi ini ianya menyokong pelbagai platform OS seperti Windows, Android, dan iOS. Dari segi kelajuan penghantaran data adalah sekitar 1Mbps-5Mbps secara purata.

Bagaimanakah ia berfungsi?
Aplikasi ini akan mencipta satu talian wireless (wifi hotspot) secara automatik dan menghubungkan antara satu sama lain di antara komputer dan telefon pintar. Maka jika kita lihat pada sebuah telefon yang tidak mempunyai bluetooth hardware seperti Lenovo A269i tetapi didatangkan dengan Wireless Hardware.

Fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi ini :-

*Mengikut versi. Saya bercakap berkenaan versi yang saya pakai iaitu SHAREit v 2.7.2 (Download from Official Website)

1) One to One Share
Iaitu perkongsian fail di antara telefon ke telefon atau telefon ke komputer dan sebaliknya. Anda boleh berkongsi pelbagai fail dalam satu masa secara serentak.



2) Group Share
Berkongsi fail kepada 5 peranti yang berhubung dalam satu talian dalam satu masa. Anda boleh chating, kongsi aplikasi, muzik, video, gambar, fail, contact, nota lukisan dan gambar on the spot dari kamera.

3) Cloneit
Aplikasi amat membantu jika anda ingin menyalin semula (backup) kesemua aplikasi, contact, SMS dan Photo dari telefon pintar yang asal kepada telefon pintar yang ingin digunakan sama seperti yang lagi satu. Harus diingatkan ianya bukan menyalin OS tetapi hanya beberapa perkara yang telah disebutkan tadi sahaja.



4) Wireless Share
Fungsi ini nampak seakan sama seperti yang lain tetapi tidak sama sebenarnya kerana ianya akan membuatkan telefon yang mengaktifkan "Share my data" berfungsi sebagai satu server to client. Telefon yang dikongsikan boleh pilih data untuk dikongsikan seperti Apps, App Data, SD Card App Data, Video, Photo dan Music.

Caranya mudah anda hanya perlu tick kepada jenis yang ingin kongsikan kepada sesiapa yang join dalam talian wifi. Anda juga boleh tick pada "Confirmation is needed for other to connect" bagi mengelakkan orang tidak dikenali cuba mengakses data anda secara senyap.



5) Connect PC
Fungsi yang paling saya minati di mana saya boleh pilih dan kawal data komputer saya hanya dengan menggunakan telefon pintar. Tidak seperti dahulu, apabila saya download movie dari komputer, saya perlu sambungkan USB Cable untuk memindahkan data movie yang bersaiz ratus MB.

Kini dengan fungsi ini kita tidak perlu bimbang lagi, kini kita boleh berkongsi segala data dari komputer dengan telefon pintar hanya di dalam satu talian wifi. Selain itu fungsi ini menawarkan :-

  • Play To - Iaitu anda boleh tunjukkan gambar anda secara slideshow di paparan monitor komputer anda. Hanya dengan mengawal telefon pintar dan para penonton boleh melihat gambar yang anda kongsikan di paparan monitor.
  • PPT Control - Boleh mengawal slideshow powerpoint dengan menggunkan telefon pintar. Ianya sungguh interaktif dan nampak anda seolah-olah seorang yang profesional ketika membentangkan sesuautu.
  • Backup Photo - Anda boleh backup photo anda terus sekaligus ke dalam komputer anda dengan kadar yang pantas.

6) Garbage Clean
Fungsi ini adalah sama seperti Aplikasi Cleaner yang menawarkan untuk membuang fail yang tidak diperlukan dari telefon pintar anda. Ianya sekadar fungsi tambahan.




Kesimpulannya dengan wujudnya aplikasi seperti ini kepada semua telefon pintar mampu berkongsi fail sama ada iainya android atau iOS. Setakat ini aplikasi ini masih belum menyokong Blackberry OS. Ianya adalah sebuah teknologi yang sangat berguna dan WAJIB ADA kepada semua telefon pintar zaman sekarang.

Seterunya saya akan tinggalkan anda Reviu secara video untuk anda dapatkan gambaran jelas berkenaan aplikasi ini.

*Sewaktu rakaman saya masih menggunakan versi terdahulu tetapi fungsi nya tidak berubah dengan versi terkini. Hanya dari segi paparan sahaja yang berbeza.


 

Untuk memuat turun saya cadangkan anda mendapatkan versi Official dari KC.Lenovo bagi mendapatkan keseluruhan fungsi yang telah saya ceritakan tadi. Akan tetapi jika telefon pintar tidak support versi official, anda boleh mencuba versi dari Playstore. Kekurang versi ini adalah dari segi fungsi tambahan di Advance Function.

Akhir kata dari saya. Selamat Mencuba.

Download Here:-

Official SHAREit by KC.Lenovo.com
Not Official by Playstore

Credit : Angelezo Sharing. Dikuatkuasakan dari Rileks Community.
Rakan Media OMG! Hackers?
Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul