Assalamualaikum semua para pembaca sama ada yang baru atau yang telah lama. First of all saya memohon maaf sebab sudah lama tidak berkongsi di blog ini atas faktor kesibukan kerja.
Ok kita back to topic, saya melihat ramai di antara kita yang memang sudah tahu cara-cara nak dapatkan Driver atau dalam bahasa melayunya pemacu. Ok pemacu nie adalah amat penting dan diperlukan kepada hardware kerana hardware yang tiada pemacu ibarat kereta yang tiada pemandu.
Kebiasaanya ramai akan mencari driver dengan mengharapkan perisian driver yang mungkin membantu dan memudahkan sesetengah pihak, tetapi perasan atau tidak kebanyakkan pengguna yang menggunakan teknik ini kadangkala akan mendapat masalah driver tidak sesuai dengan perkakasan.
Cara seterusnya pula iaitu satu teknik mencari driver dengan melawat website manufacture nya sendiri bagi mendapatkan driver tersebut. Contohnya hardware jenama amd, jadi kita pergi ke website amd. Cara ini adalah cara yang paling tepat untuk mendapatkan driver tersebut dan selalunya website mereka lebih uptodate.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara mencari driver dengan mendapatkan ID Hardware. Ok masa bila kita akan gunakan teknik ini?
Kita akan gunakan teknik ini apabila kita tidak dapat mengenal pasti jenis hardware yang digunakan, atau kita sudah buntu driver susah untuk diperolehi.
Cara-caranya :-
1) Open Device Manager.
Control Panel > Device Manager
2) Paparan Device Manager akan terpapar. Seterusnya anda pilih hardware mana yang memerlukan driver. Contohnya saya akan memilih hardware "Sound, Video and Game Controller".
Klik kanan pada hardware pilihan > Properties > Details > Property
3) Pada bahagian property anda cari perkataan "Hardware Ids" > Pilih yang pertama dan klik kanan > Copy
4) Buka website ini > http://devid.info/ > Paste ID Hardware ke dalam kotak carian > Tekan butang search > Pilih jenis operating system yang anda pakai dan version yang paling latest > Tekan butang Disket (Download)
5) Tunggu paparan seterusnya dipaparkan > Scroll bawah sikit > Klik Original File
6) Paparan seterusnya > Pilih mana-mana mirror (Recommend Mirror 1) > Kemudian dah boleh download.
Seterusnya anda download seperti biasa dan install. Semoga berjaya.
Sekian itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Izzul Akmal Ebook!
Artikel Menarik!
Komen Terkini!
-
Nurmiati Abdullah
10 julai 2021 baru menjenguk. best sbb mudah nak faham :) semoga ada new entry dari pihak tuan
Angelezo Sharing: Salam Bual Bicara Izzul Akmal · 3 years ago
-
wansyer
rileks community punya forum dah ke mana menghilang??? T-T 3 tahun x jenguk tgok2 dah takdee
Angelezo Sharing: Salam Bual Bicara Izzul Akmal · 8 years ago
-
eelobor
Salam tuan, saya menunggu sambungan entri Apakah Model yang dikatakan Integrated Chipset, Low...
Angelezo Sharing: Salam Bual Bicara Izzul Akmal · 8 years ago
-
Khairi Baharom
@m@Angelezo:disqus
-
Khairi Baharom
kalau saya pkai acer model lama aspre 4530 boleh ke tambah GC yang mcm ni???
0 ulasan:
Catat Ulasan