Salam
warga OMG! Hackers yang telah lama saya tinggalkan atas faktor tidak
mempunyai koneksi internet akibat hujan lebat siap kilat yang kerap
berlaku di kawasan perumahan saya. Disebabkan itu modem saya telah
disambar kilat akibat kecuaian saya sendiri haha. Kemudian saya ditimpa
demam panas akibat saya keluar bekerja dan kadangkala saya mandi hujan
huhu. Semasa saya terlantar di atas katil selama beberapa hari. Saya
dibekalkan hanya sebuah smartphone dan internet. Semasa itulah saya
"menggatal" jari jemari untuk mencari apps untuk kesihatan saya ini...
dan kini masanya untuk berkongsi dengan anda semua.... Jangan risau
ianya FREE je...
Di zaman sekarang ini ramai pekerja mahupun pelajar yang sering mengabaikan kesihatan. Sekiranya kita tidak menghiraukan senaman ataupun menjaga pemakanan kita akan hadir lah pelbagai penyakit yang tidak diundang.
FORWARD >>>>>> Haha sebelum saya membebel lebih panjang kita terus kepada aplikasi-aplikasi yang ingin dikongsi. Di Google Play memang banyak aplikasi kesihatan tapi yang manakah yang berkualiti dan free? Di sini saya telah membuat testing beberapa aplikasi dan saya rasa amat membantu dan berguna untuk masyarakat kita sekarang ini.
(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan aplikasi di bawah sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain.
1) First Aid
Di zaman sekarang ini ramai pekerja mahupun pelajar yang sering mengabaikan kesihatan. Sekiranya kita tidak menghiraukan senaman ataupun menjaga pemakanan kita akan hadir lah pelbagai penyakit yang tidak diundang.
FORWARD >>>>>> Haha sebelum saya membebel lebih panjang kita terus kepada aplikasi-aplikasi yang ingin dikongsi. Di Google Play memang banyak aplikasi kesihatan tapi yang manakah yang berkualiti dan free? Di sini saya telah membuat testing beberapa aplikasi dan saya rasa amat membantu dan berguna untuk masyarakat kita sekarang ini.
(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan aplikasi di bawah sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain.
1) First Aid
Untuk aplikasi ini saya amat menyukainya kerana iainya membantu dari segi bantuan kecemasan. Contoh apabila kita berada di sesuatu kawasan yang berlaku kecemasa tetapi kita terpinga-pinga apa yang perlu dilakukan? Maka aplikasi ini akan membantu anda dan memberitahu anda langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan. Contoh pertolongan cemas yang ada ialah serangan jantung, patah tulang, demam, luka, masalah pernafasan, keracunan dan banyak lagi seperti yang anda lihat pada gambar yang telah diberi.
2) Brainwave Tuner Lite
Aplikasi
sangat berguna semasa saya sedang demam dan sakit kepala (pening).
Sebab apa? Kerana gelombang frekuensinya yang memang telah dikaji dan
mampu untuk merehatkan minda. Cara penggunaanya juga amat mudah anda
hanya perlu pilih yang mana anda ingin gunakan antaranya untuk tidur,
perubatan, berehat, belajar dan banyak lagi. Untuk versi lite mereka
menyediakan beberapa track music yang saya rasa cukup untuk kita semua
mendengar dan membantu dalam kesihatan kita. Setiap audio yang dimainkan
aplikasi ini telah disetting secara automatik paras gelombang
frekuensinya mengikut kesusaian situasi itu. Untuk lebih berkesan anda
digalakkan menggunakan earphone/headphone untuk lebih kesan.
3) Hpal - Blood Pressure Tracker
Hpal sesuai untuk seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi iaitu seseorang yang sering untuk pergi periksa keadaan tekanan darah mereka di hospital atau klinik. Kemudian mereka boleh gunakan aplikasi ini untuk catatkan tahap tekanan darah mereka di dalam aplikasi ini. Secara tak langsung mereka akan dapat periksa statistik tekanan darah dan tahap kesihatan mereka yang terdahulu sama ada menurun atau menaik.
4) Calorie Counter - MyFitnessPal
Seperti nama aplikasi yang anda lihat iaitu Calorie Counter. Ok apa dia benda tu? Aplikasi ni bertujuan sebagai motivasi untuk golongan obesiti atau pun yang mahu kurus tapi tidak mempunya kata-kata semangat atau guidlines. Aplikasi hendaklah di daftarkan dahulu, dan semasa proses pengdaftaran anda dinasihatkan memberi maklumat yang benar supaya tidak berlaku ralat semasa proses pengurangan berat badan anda kelak. Segala rekod-rekod anda akan diproses dan akan keluar paparan seperti di atas. Ianya akan memberitahu berapakah jumlah kalori yang anda perlu kurangkan hari ini untuk mencapai target anda telah tetapkan pada proses pendaftaran anda tadi. Misalnya berat anda 100 kg dan target anda 70 kg. Maka aplikasi ini akan bertindak sebagai pembantu anda untuk cuba kawal permakanan dan lakukan exercise. Ianya juga ibarat diari kesihatan anda kerana anda digalakkan untuk mencatat segala jenis apa yang anda makan dan segala jenis senaman yang anda lakukan. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda juga boleh bersama-sama rakan yang lain untuk sama-sama berlumba untuk mengurangkan berat badan dan masing-masing boleh update status pada aplikasi ini dan mungkin ada yang berpengalaman untuk berkongsi dengan anda. More Friend More Best.
5) Runtastic Running & Fitness
Aplikasi ini amat menarik bagi sesiapa yang sering melakukan senaman dan menjaga kesihatannya.
Dengan aplikasi ini akan memberi maklumat yang saya rasa agak tepat kerana sistem yang digunakan adalah GPS. Dan dengan ini pastikan peranti anda mempunya perkakasan GPS untuk menggunakan aplikasi ini. Antara maklumat yang diberikan adalah kadar mendaki, kelajuan dan calories yang telah dibakar melalui aktiviti yang anda lakukan. Di dalam aplikasi ini juga saya dapat pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan antaranya jogging, marathon, bola sepak, bola keranjang, kayaking dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Saya dah cuba sendiri dan memang awsome jika digabungkan dengan calorie counter kerana anda dapat tahu berapa banyak kalori anda yang telah berjaya anda bakar.
6) Instant Heart Rate
Haaa aplikasi ni amat sesuai kepada orang amat sensitif dengan pergerakan jantung mereka sama ada berada dalam keadaan selesa atau keadaan tercungap-cungap atau tidak sihat. Apa yang menarik perhatian saya tentang aplikasi ini iainya mengesan pergerakan jantung kita dengan menggunakan kamera yang telah tersedia pada setiap peranti android anda. Tetapi anda dinasihatkan menggunakan aplikasi ini ditempat yang mempunyai cahaya yang mengcukupi. Cara aplikasi ini mengesan adalah dengan detect pergerakan darah yang mengalir dalam tubuh badan seseorang itu. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letakkan jari telunjuk anda di depan kamera dan pastikan jangan tekan terlalu kuat kerana bimbang darah tidak jalan, dan secara tidak langsung akan mengakibatkan berlaku ralat atau tidak berfungsi dari segi pengiraan kadar denyutan jantung anda.
7) Period Tracker (Untuk wanita sahaja)
Haha untuk aplikasi ni saya tidak boleh cakap lebih-lebih kerana saya sendiri tidak dapat mencubanya dengan lebih mendalam atas faktor-faktor kesihatan huhu (im men).
Seperti yang kita boleh lihat pada screenshot yang telah disediakan itu. Period tracker adalah sejenis aplikasi untuk memberitahu kadar-kadar period anda berlangsung selama beberapa hari untuk berakhir. Caranya juga mudah hanya tekan start dan ianya akan mula mengira perjalanan period anda. Semasa period anda juga boleh menulis note. Note apa? Wanita sahaja yang mengetahuinya.
8) OB (Pregnancy) dan Pregnancy Assistant (Untuk wanita mengandung sahaja)
Untuk OB Pregnancy sebuah aplikasi untuk wanita yang lebih dewasa iaitu yang sudah menjalani rumah tangga bersama orang yang tercinta. Cuma aplikasi ini agak lebih saintifik dan saya rasa mungkin dapat difahami oleh para-para ibu yang sedang mengandung. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda boleh merekod dan melihat kadar pembesaran bayi anda di dalam kandungan tu. Selain itu seperti yang anda lihat di atas saya ada menyediakan aplikasi alternatif untuk kepada yang kurang memahami aplikasi OB Pregnancy. Kerana apa yang saya lihat Pregnancy Assistant lebih mesra pengguna dari segi penggunaan grafik yang diberikan kepada pengguna.
OB Pregnancy
Pregancy Assistant
9) Medicinal Herbs
Ini adalah aplikasi untuk golongan yang suka mencari jalan alternatif bagi merawat penyakit yang ada. Kepentingan aplikasi ini saya lihat memang menarik kerana ianya memasukkan tumbuh-tumbuhan herba dan penerangan yang sangat terperinci dari pengenalan sehinggala ke cara kegunaannya untuk mengubati penyakit tersebut. Bak kata orang muda... Orang Lamo la kata kan hahaha... tapi memang tidak dinafikan tumbuh-tumbuhan herba ini memang sangat membantu untuk kesihatan kita jika nak dibandingkan dengan ubat-ubat yang mengandungi bahan kimia tu. Gunakan pada kadar yang betul.
Itu lah antara aplikasi yang saya dapati di Google Play semasa saya dalam tempoh rawatan sakit. hehe. Harap iainya sedikit sebanyak membantu anda semua dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat. Insyallah...
Jika anda ingin mendownload kesemua apps sekali gus dan aplikas tambahan ehem2 (kesihatan gak)
Sila download di sini:-
Sekian terima kasih.
Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo
0 ulasan:
Catat Ulasan