[TUTORIAL] IDM cant download from premium link sites


Salam semua...baru-baru nie..saya ada menghadapi masalah untuk download file-file dari premium link seperti rapidgator, uploaded dan lain-lain yang sekutu denggannya.

Ini screenshot problem tu :- 

 

Sebab apa iainya jadi camnie? Sebab download link atau button yang anda tekan tu sebenarnya telah diterima oleh browser anda terlebih dahulu sebelum sampai ke IDM. Maka link tersebut tidak dapat download menggunakan IDM, iainya ibarat anda cuba mendownload 2 kali dalam satu masa iaitu satu menggunakan browser downloader (example firefox) dan IDM. Selalunya sites seperti ini untuk "FREE ACCOUNT" tidak dapat mendownload banyak kali dalam satu masa. Tapi kalau guna "PREMIUM ACCOUNT" so tak de hal la.. Tapi cuba anda off kan IDM dan download menggunakan default downloader dari browser anda...pasti ianya menjadi.

So untuk menghadapi masalah nie kita kena setting sikit kat IDM tu. (Dalam screenshot tu dah ada troubleshoot dia).hehe Tapi saya akan bagi nampak dengan lebih jelas dengan screenshot2 kat bawah nie.

1) Buka IDM > Options > Keys

2) Tick seperti saya buat:-


*Untuk yang yang "Use the following key(s) to force downloading. . . " anda boleh pilih mana-mana keys yang anda minat. Iainya butang yang ada pada keyboard anda untuk ditekan semasa anda ingin mendownload nanti.

3) So lepas tu click OK. (Dah siap untuk setting tu)

4) Bukak mana-mana link premium dari sites yang anda tidak boleh download tu dan tekan butang "Shift" + Click link download/butang untuk mendownload tu.

*Tekan butang seperti yang tick semasa setting tadi. Jika anda tick "Alt" so anda kena tekan Alt semasa ingin mendownload.
*Shift jangan lepas ketika click link download tu.

So link tersebut akan dapat didownload dengan IDM.

Contoh seperti gambar di bawah. Tekan Shift+ Click Here to Download.

Dan hasilnya!!
Ok selamat mencuba.

Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba


Assalamuailkum kepada pembaca artikel ini. Salam Aidilfitri juga saya ucapkan kepada anda semua. Wujudnya artikel ini adalah sebagai tanda berterima kasih kepada anda semua yang telah menyokong dan membantu saya untuk terus berada di alam maya.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri saya ingin memohon maaf kepada anda semua, andai kata saya terkasar bahasa, melakukan perkara yang anda tidak suka atau troll yang melampau batas. Ku susun 10 jari tanda kemaafan di pinta. Izinkan saya berkongsi sebuah dua buah pantun.

Dengar Sini Wahai Kawan-Kawan
Biar Hati Tertarik dan Tertawan
Ucapan Selamat Hari Raya Aku ucapkan
Tidak Kira di Malaysia atau Perantauan

Indahnya Rasa Balik Kampung Kedah
Lagi Indah Dapat Terjun Kolam
Maafkan Daku Dari Atas ke Bawah
Maafkan Daku Dari Luar dan Dalam

Ok dah habis slot nangis-nangis huhu... Kali ini admin akan ceritakan serba sedikit tentang isi kandungan buku ini. Kepada yang belum membaca Artikel Mengapa Laptop Anda Terlalu Panas?

Jadi admin cadangkan apa kata anda luangkan masa seketika untuk membaca isinya. Kepada yang dah pernah baca, ok mari kita tinggalkan yang dok baca tu.

 

Info Ebook
6 Ogos 2013 | HD PDF | 1.39 MB | Percuma

Amacam dah tengok isi kandungan dia?

Ok di dalam buku ini penulis bercerita secara simple tetapi padat untuk diterjemahkan  kepada pembaca agar lebih mudah memahami. Penulis juga menggabungkan bahasa melayu dan inggeris bagi penggunaan term IT yang menjadi kebiasan orang kita gunakan pada hari ini.

Selain itu ada info-info yang ramai orang tidak tahu seperti mengenal ESD, bagaimana hendak tanggani dan langkah-langkah juga di beritahu dalam buku ini. 

Buku ini juga mempunyai keistmewaannya yang tersendiri iaitu penulis juga ada berkongsi gambar-gambar tool yang digunakan semasa proses membuka dan pemasangan perkakasan laptop. Jadi pembaca tidak lah akan berasa seperti terpinga-pinga jika mencari barang ini di kedai-kedai komputer.

Kenapa penulis tidak menjual ebook ini?

Bagi saya ilmu yang saya dapat ini adalah dengan izin Allah SWT dan saya wajib untuk berkongsi dengan anda semua. Setiap hasil penulisan saya biarlah anda yang menilai sendiri kerana setiap penilaian itu adalah subjektif dan saya tidak berhak untuk meletakkan harga untuk ebook ini.

Jika anda rasa ingin menyumbang kepada saya tidak kira walaupun RM 1, yang penting keikhlasan anda diutamakan. Saya telah menyediakan no akaun bank saya pada akhir ebook ini. Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi menderma dan membaca ebook saya ini. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu saya melahirkan lagi ebook yang lebih berkualiti dan berguna kepada bangsa, masyarakat dan agama.

Dapatkan Ebook Tips dan Servis Laptop untuk Mengurangkan Haba  >>

Jadi saya akhiri artikel ini dengan sebuah lagu yang saya rasa menarik untuk didendangkan kepada anda. Nama lagu ini Salam Lebaran. Layanzzzz.. Assalamualaikum.. dan Selamat Hari Raya...




0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] 1001 Sound Effect [REPOST]


Salam semua

Kehadiran saya di sini adalah ingin mengeshare kan sound2 effect yang ada dalam pc saya semasa saya buat projek multimedia dulu. Kini saya rasa da tiba masanya untuk saya share dengan anda semua...

Ini list folder yang ada:-

Dalam folder2 nie ada banyak sound tau... Jadi pandai-pandai la pilih untuk kesesuaian anda.


Image has been scaled down 33% (800x281). Click this bar to view original image (1193x418). Click image to open in new window.
[Image: fyU2U.png]
Download Here

  Artikel ini telah disalin semula dari Rileks Community. HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[TUTORIAL] How to Detect Keylogger dalam PC [REPOST]


Salam dari Angelezo...

Kali ini saya nak share ckit tutorial untuk

1. Buka cmd
2. Taip “netstat”

[Image: capturqcq.png]

3. Tengok ip address yg bawah sekali contoh 127.0.0.1:58447

[Image: capturdcd.png]

4. Salin dan letak di notepad jangan save.

[Image: capturftf.png]

5. Ulang langkah pertama dan kedua.
6. Lihat ip address di bawah berubah tak ? kalau berubah bermakna ada keylogger yang terinstall di PC anda.

So sama kan? X de keylogger RCtongue
[Image: captureqe.png]

7. Dah tau PC ada keylogger,jadi hapuskan atau halang keystroke logging anda tersebut.
7. Cara hapuskan download software anti keystroke/anti spyware atau boleh juga halang ianya menggunakan personal firewall anda.


Antara software yg boleh diguna pakai antaranya Anti Malware, STOPzilla , Malicious Software Removal Tool , Spy Hunter, Zemana Anti Logger

Ok selamat mencuba..

 Artikel ini telah disalin semula dari Rileks Community. HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[TUTORIAL] Aktifkan Adobe CS6 Master Collection via Patch [REPOST]


Salam semua... kali nie angelezo nak ajar macam mana nak patch kan segala software adobe cs6 hanya dengan satu klik sahaja.

Seperti yang sebelum2 ini.. ramai orang yang dah ajar tapi tu semua memerlukan banyak kerja untuk dilakukan seperti perlu bukak registry la, cmd la... lepas tu kena ada key untuk aktif kan dulu..dan key tu pun berbeza-beza bagi setiap software cthnya PS lain After FX lain Dreamweaver lain dan begitula seterusnya.

Ok kali nie anda hanya perlu download Adobe CS6 Master Collection di website Adobe
Sebenarnya software yang anda download dari website adobe tu nama dia Adobe Download Assistant. Anda jangan bimbang software nie boleh resume and pause. Maklumla file besar..kadang2 tenet putus kan? RCverysad

Jika anda sudah ada mana-mana installer adobe cs6..dan ingin mengaktifkannya sahaja maka tidak perlulah anda download software Adobe Download Assistant nie.

Ok da lepas download yang trial punya atau sudah ada install.

Anda boleh la download Adobe CS6 Patch kat sini >> Patch CS6

Cara-caranya mudah sahaja

1st : Run as administrator
2nd : Tekan scan and activation. Seterusnya dia akan scan segala software adobe cs6 yang telah anda install dan automatic tick yang mana dia telah detect software adobe cs6 yang telah anda install dalam pc anda. Contoh seperti gambar di bawah. (Saya hanya install Photoshop dan Flash sahaja)
Lihat gambar di bawah

[Image: pFmru.png]

[Image: UJrdM.png]

3rd : Tekan Activate CS6 Product dan tunggu dia activekan produk-produk cs6 anda. Sehingga keluar pop up "Activation Complete" dan klik OK

[Image: f8Yqz.png]
[Image: fmQKR.png]

4th : Seterusnya tekan "Exit" dan Klik "Yes" untuk reboot

[Image: S0fyN.png]

Akhirnya Adobe CS6 anda telah pun selamat di aktifkan.

Selamat Mencuba.

 Artikel ini telah disalin semula dari Rileks Community. HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[REVIU] SaveFrom.net Pembantu Muat Turun Media di Internet [REPOST]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai lama sudah saya tidak datang ke sini untuk membuat artikel jenis review... Maklumla bulan puasa nie mood nak tulis artikel tu berkurangan tapi idea-idea datang melimpah ruah. Cuma nak dengan tak nak je.. Jadi hari nie saya tengok hari pun mendung dan sejuk angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Sepanyol... Telah membangkitkan semangat ku untuk membuat artikel.

Ok kali ini artikel berkenaan sebuah Addon atau Extension pada browser yang dapat membantu anda mendownload file-file jenis media di internet. Kebiasaanya kepada para pengguna Windows mereka lebih cenderung untuk menggunakan Internet Download Manager dan bagi pengguna Linux mereka lebih meminati Youtube downloader, FlashGot dan ClipGrab.

Apa yang saya dapat tekan kan di sini pada konsep asalnya memang nampak sama, tetapi ada perbezaan yang saya akan tunjuk kepada anda.

1) Ianya bukan lah sebuah software untuk di install ke dalam PC malahan ianya hanya sebuah software yang hanya bersaiz kecil dan diletakkan kepada browser anda. Jadi kepada yang dah ada IDM dan sebagainya tu. Masih boleh menggunakan Addon atau extension ini.

2) Antara browser yang dapat menggunakan extension ini adalah :-
3) Extension ini mampu menyokong beberapa file hosting, media hosting dan laman web di luar sana. Antaranya :-
4) Apabila anda install sahaja extension ini kepada browser. Secara automatik anda akan dapat lihat beberapa perubahan pada browser anda jika anda melawat laman web seperti youtube, vimeo.com, dailymotion.com dan pelbagai Media Hosting yang lain. Perubahannya adalah akan wujud satu button DOWNLOAD di dalam browser tersebut. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah :-



5) Ini adalah FEATURES yang paling saya suka apabila saya install extension ini. Ianya adalah fungsi menyediakan download link kepada playlist yang ada di dalam Youtube. Kita telah sedia maklum Youtube ada menawarkan sistem playlist kepada para uploader video terutamanya muzik video.

Caranya mudah anda hanya perlu buka mana-mana playlist yang ada di dalam Youtube dan mungkin boleh digunakan pada laman web media hosting yang lain. Anda boleh mencubanya.

Contoh Playlist - Koleksi Lagu Raya

Jika anda perhatikan ada banyak video di dalam playlist tersebut. Tetapi bagaiman anda ingin mendapatkan link tersebut tanpa memainkan video tersebut? Kerana apabila kita pakai IDM kita perlu memilih salah satu video dan memainkan video tersebut barulah kita dapat mendownload video tersebut.

Anda hanya perlu view kan addon bar jika anda pengguna Firefox. Kemudian lihat di bawah browser bahagian kanan ada simbol seperti logo SaveFrom tu.



Tekan button itu then anda akan dapat lihat satu site yang baru seperti di bawah. Anda juga dapat memilih jenis kualiti video dan terus mendownload tanpa perlu memainkan video tersebut. Boleh lihat contoh di bawah.


6) Seterusnya ada beberapa cara lain anda boleh praktikkan :-
  • Cara Pertama
    Masukkan URL dan tekan Enter selepas itu click pada butang "Download" yang berada pada paparan player video tersebut. Seperti paparan di perkara No 4.
  • Cara Kedua
    Tambah "savefrom.net/" or "sfrom.net/" sebelu URL
    Contoh: sfrom.net/http://youtube.com/watch?v=u7deClndzQw SaveFrom.net
    and press Enter.
  • Cara Ketiga
    Tambahkan keyword "ss" atau "s" pada depan domain. Contoh >>: ssyoutube.com, srapidshare.com.
  • Cara Keempat (Cara yang saya tunjukkan di atas)
    Use our browser addon to download in 1 click.
Akhir kata dari saya selamat mencuba dan mencari lagi features yang menarik dan boleh dikongsikan bersama rakan-rakan di sini.

Silalah download playlist lagu raya yang saya dapat dari youtube ini:-

Koleksi Lagu Raya Koleksi Lagu Raya Part 2
Credit Playlist by .: lan5491lan channel :. 


 Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Silent Hackers Kini Datang Lagi Dengan Nafas Baru [REPOST]



Asalamualaikum para pembaca yang dihormati. Masih ingatkah anda lagi pada Forum Silent Hackers atau lebih dikenali sebagai SH.
Kucing hitam kau berjalan di depanku
Ku tak hirau hanya mainan duniaku
Hati luka kau berada di depanku
Ku tak risau tak ke mana tujuanmu
Ya betul ku tak risau ke mana tujuanmu kerana ku tau SH walau di manapun pasti mereka akan maju ke hadapan selangkah demi selangkah walaupun jatuh dan bangun kembali untuk meneruskan perjuangan.

Saya tertarik untuk membuat artikel ini kerana saya melihat tuan Arya kita sangat rajin mengemaskini status terkini untuk Forum SH. Cuba anda lihat beberapa artikel dari Tuan Arya. Banyakkan?
Kita telah sedia maklum bahawa SH yang dahulunya terbina dengan sebuah forum yang agak masyhur di Malaysia. Masa kian berdetik saat demi saat, banyak liku-liku yang diharungi oleh SH dan akhirnya Forum SH berkubur. Kini SH tampil kembali dengan konsep Laman Web Informasi, Perkongsian Ilmu Rangkaian dan Sekuriti, Ebook dan akan datang mungkin video tutorial. 
Laman ini telah mula beroperasi pada akhir bulan Jun 2013
 
Akhir kata dari saya selamat melawat >> Silent Hackers 2013
 
 Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[TUTORIAL] to use CBOX Premium Link Generator [REPOST]


Salam semua warga OMG! Hackers?

Kehadiran saya kali nie adalah untuk berkongsi dengan anda semua..especially kaki download or kaki sedut or semua kaki la.. hahahaha

Ok kita difahamkan sejak kebelakangan nie link download dari Mediafire (MF) telah berkurangan kerana kekejaman MF tu sendiri. Kepada uploader paham la apa yang saya cuba sampaikan. Dan kini majoriti site-site warez, movie dan sebagainya menggunakan file hosting yang berbentuk jenis premium.

Tak kisah la file hosting apa pun...asalkan bila sebut je premium file hosting or tengok je link tu mesti kita rasa macam fobia arghh oh mai god.... Sebab apa?

Sebab kita nak kena tunggu 30 sec la...lepas tu masuk captcha la.... lepas tu kalau yang pakai IDM kena setting ckit supaya boleh tekan link (force download) kalau tak setting nescaya tak kan dapat download sebab web browser tangkap dulu link tu sebelum IDM... dan peraturan file hosting premium nie diorang hanya benarkan satu ip hanya sekali je download...so kita pun kena la tunggu lagi 30 min, 1 jam dan lama lagi... haha

Kini anda semua tidak perlu risau lagi.... dengan adanya CBOX dari aSe4nL3g4cY iaitu sebuah team yang telah sponsor CBOX tu Sedut Software Sampai Lebam (SSSL) untuk kegunaan orang ramai.

Apa dia CBOX nie?

Ok CBOX nie adalah singkatan dari Chat Box iaitu kotak sembang... Tapi CBOX nie bukan digunakan untuk sembang. CBOX digunakan untuk anda meletakkan link anda di dalam CBOX tu dan kemudian hanya tunggu dalam beberapa saat...admin-admin yang bertugas akan bantu anda dan anda akan dapat satu link yang baru. So gunakanlah link tersebut untuk download. Admin-admin dia bukan dari malaysia sahaja malahan dari turkey, indon, dan vietnam untuk memastikan CBOX nie terus berpenghuni.


Kelebihan CBOX nie?

  • Boleh resume download
  • Speed sama macam pakai akaun premium
  • Mudah digunakan (User friendly)
So macam mana nak guna? Dapatkannya di sini >> Get Premium Link Generator Here


Seterusnya anda follow step-step di video ini :-
 
 

Dah selesai.
Akhir kata dari saya selamat mendownload dengan gembira.

Kredit CBOX to : aSe4nL3g4cY


Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Buku dan Sumber Online Tutorial untuk Newbie Guide [REPOST]


Salam kepada pembaca,

Sejak kebelakangan ini saya tengok ramai yang tercari-cari tutorial itu la ini la... Untuk belajar sendiri. Saya amat kagum dengan sikap anda semua itu kerana anda ingin tahu dan ingin belajar perkara yang baru dan tidak pernah anda temui sebelum ini. Tapi sesetengah orang memang da berada dalam bidang dia sendiri tentang perkara itu tapi dia still malas untuk belajar perkara itu. Semua tutorial yang ada ingin tahu semua ada di dalam Google. Di sini saya ingin memudahkan student google iaitu dengan memberi nama buku dan link website untuk belajar supaya mudah anda membuat rujukan di Perpustakaan Google.

Untuk sebarang update link dan buku, anda boleh dapatkannya di sini >> Update Buku dan Link



Buku dan Sumber Online


PHP

Perl
C Sytle Languages (C, C++, and C#)
Java
CSS
Javascript and DHTML
XML, XHTML, HTML, ASP, and SQL
.NET
VB: Visual Basic
Usability and Accessibility
Free Stock Photography
Flash
Photoshop
Fireworks
Illustrator
3D Studio Max
  • 3Ds Max 4 for Windows: Visual QuickStart Guide
  • 3D Max 4 Workshop
Maya
  • Learning Maya 4
Drawing/Sketching
  • Drawing on the Right Side of the Brain
  • Drawing the Human Head
  • Dynamic Anatomy
  • Drawing Dynamic Hands

    Credit to my friend >>
    fahmimrezuan Untuk sebarang update link dan buku, anda boleh dapatkannya di sini >> Update Buku dan Link
    Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo 

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Ebook Panduan Windows 8 [REPOST]


Windows 8 sudah di lancarkan pada baru-baru ini.Pasti ramai yang teruja untuk mencuba dan menggunakan Windows terbaru keluaran Microsoft ini.

Terdapat pelbagai ciri menarik yang hadir bersama Windows 8 ini. Salah satunya ialah Internet Explorer 10 , Windows Store, Skype dan sebagainya. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Windows 8 ini di laman rasmi Microsoft sendiri.


Baiklah, berikut merupakan buku Panduan Windows 8 yang sedia dimuat turun:


[Image: 6114.IntroducingWin8_for_ITPros_461A7541.jpg] 


[Image: 0435.9780735672611x_2BDC57CB.jpg]

Dapatkan kedua-duanya di SINI

Credit : Unknown

Jika ada masalah untuk mendownload sila klik sini


Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Ebook Memasang dan Menyelenggara Windows untuk Newbie [REPOST]


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak ke sini disebabkan saya sibuk sejak kebelekangan ini. Sekarang ini pun saya sedang menjalani kursus dan semasa kursus saya merajinkan jari jemari untuk memberikan dan berkongsi sedikit ilmu, especially for newbie.

Ini buku apa yek?

Ebook ini dicipta adalah untuk membantu mereka yang ingin belajar cara-cara untuk format dan menyelenggara komputer dengan mudah dan mempunyai 54 muka surat. Diharap buku ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui cara-cara untuk format komputer secara asas. Windows Vista tidak diletakkan dalam buku ini disebabkan bagi pandangan saya Windows Vista adalah Sistem Operasi yang tidak bagus dari Microsoft. Anda dibenarkan untuk menyalin semula isi kandungan buku ini akan tetapi diberikan kredit. Ebook ini disediakan secara percuma khas untuk anda semua dan tidak boleh dikomersialkan dan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
[Image: Tk8n5P9.jpg]
[Image: qIRXcY3.jpg]

Software-software yang digunakan :-
1) Windows XP SP3
2) Windows 7 All in One Fully Activated
3) Windows 8 Pro and Enterprise
4) CCleaner
5) Combofix
6) Revo Uninstaller (Credit Msstdfmt)

*Harap maaf Direct Link untuk Sistem Operasi tidak dapat di baikpulih.

Nantikan Artikel Aktivasi Windows XP, 7 dan 8 serta link download akan disediakan. Dijangka pada pertengahan bulan Jun ini.


If using chrome browser and have a problem to get link please see HERE
or Change Browser to Internet Explorer or Firefox


Download Ebook
download
Sekian Terima Kasih.

Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[INFO] Apa itu System Ninja? [REPOST]


Salam,

Sekali lagi kita bersua kembali di rancangan Ninja Boy artikel review software. Ok kali nie saya nak memperkenalkan sebuah software yang ramai belum tahu (mungkin ada yang dah tahu). Software ini diberi nama System Ninja. Apa dia boleh buat?


Dah nampak antaramuka software nie? Hitam nampak kemas... Kenapa nama dia System Ninja yek? Maklumla definisi Ninja itu sendiri kita kenal iaitu dengan kepantasan dan ketangkasan dan ternyata software ini memang ringan dan mempunyai saiz yang kecil sahaja. Ok sebenarnya software nie adalah salah satu software yang berada dalam kategori Optimize (Maintainance). Fungsi-fungsi yang ada pada software ini pun adalah lebih kurang sahaja dengan CCleaner. Apa yang menarik perhatian saya kerana iainya adalah 100% Freeware (I Love Freeware)

Software ini menyediakan beberapa tools yang hampir sama dengan CCleaner.

Antara tools dan function yang disediakn :-
  • Junk Scanner
  • Startup Manager
  • PC Analysis
  • App Uninstaller
  • Process Manager
  • Additional Tools (Windows Service Manager, Registry Cleaner, dan File Analyzr)
Untuk additional tools anda boleh dapati apabila anda selesai install software, kemudian tekan System Tools > Additional Tools dan hanya tekan "Get Plugins" bagi mendapatkan tools tambahan ini.

Apa yang membezakan System Ninja dan CCleaner?

Di dalam system ninja ada satu function yang dinamakan PC Analysis. Pada fungsi ini kita dapat melihat maklumat yang lengkap tentang pc kita dari segi Operating System, Hard Drive (Cakera Keras), Processor, Logical Disk, Motherboard, BIOS, Physical Memory (RAM) dan Network Adapter.

Jadi saya tinggalkan anda dengan beberapa screenshot.

Jadi sesiapa yang berminat untuk mencuba try test uji pandu software ini sila download software ini di bawah. Saya ada sediakan sekali untuk versi portable.

Selamat Mencuba.

(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan software ini sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).



System Ninja 2.4.1
 

System Ninja Portable 2.4.1
   
 
Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

[REVIU] Aplikasi Android untuk Kesihatan [REPOST]


Salam warga OMG! Hackers yang telah lama saya tinggalkan atas faktor tidak mempunyai koneksi internet akibat hujan lebat siap kilat yang kerap berlaku di kawasan perumahan saya. Disebabkan itu modem saya telah disambar kilat akibat kecuaian saya sendiri haha. Kemudian saya ditimpa demam panas akibat saya keluar bekerja dan kadangkala saya mandi hujan huhu. Semasa saya terlantar di atas katil selama beberapa hari. Saya dibekalkan hanya sebuah smartphone dan internet. Semasa itulah saya "menggatal" jari jemari untuk mencari apps untuk kesihatan saya ini... dan kini masanya untuk berkongsi dengan anda semua.... Jangan risau ianya FREE je...

Di zaman sekarang ini ramai pekerja mahupun pelajar yang sering mengabaikan kesihatan. Sekiranya kita tidak menghiraukan senaman ataupun menjaga pemakanan kita akan hadir lah pelbagai penyakit yang tidak diundang.

FORWARD >>>>>> Haha sebelum saya membebel lebih panjang kita terus kepada aplikasi-aplikasi yang ingin dikongsi. Di Google Play memang banyak aplikasi kesihatan tapi yang manakah yang berkualiti dan free? Di sini saya telah membuat testing beberapa aplikasi dan saya rasa amat membantu dan berguna untuk masyarakat kita sekarang ini.

(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan aplikasi di bawah sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain.

1) First Aid

Untuk aplikasi ini saya amat menyukainya kerana iainya membantu dari segi bantuan kecemasan. Contoh apabila kita berada di sesuatu kawasan yang berlaku kecemasa tetapi kita terpinga-pinga apa yang perlu dilakukan? Maka aplikasi ini akan membantu anda dan memberitahu anda langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan. Contoh pertolongan cemas yang ada ialah serangan jantung, patah tulang, demam, luka, masalah pernafasan, keracunan dan banyak lagi seperti yang anda lihat pada gambar yang telah diberi.


2) Brainwave Tuner Lite

 
Aplikasi sangat berguna semasa saya sedang demam dan sakit kepala (pening). Sebab apa? Kerana gelombang frekuensinya yang memang telah dikaji dan mampu untuk merehatkan minda.  Cara penggunaanya juga amat mudah anda hanya perlu pilih yang mana anda ingin gunakan antaranya untuk tidur, perubatan, berehat, belajar dan banyak lagi. Untuk versi lite mereka menyediakan beberapa track music yang saya rasa cukup untuk kita semua mendengar dan membantu dalam kesihatan kita. Setiap audio yang dimainkan aplikasi ini telah disetting secara automatik paras gelombang frekuensinya mengikut kesusaian situasi itu. Untuk lebih berkesan anda digalakkan menggunakan earphone/headphone untuk lebih kesan.



3) Hpal - Blood Pressure Tracker

 


Hpal sesuai untuk seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi iaitu seseorang yang sering untuk pergi periksa keadaan tekanan darah mereka di hospital atau klinik. Kemudian mereka boleh gunakan aplikasi ini untuk catatkan tahap tekanan darah mereka di dalam aplikasi ini. Secara tak langsung mereka akan dapat periksa statistik tekanan darah dan tahap kesihatan mereka yang terdahulu sama ada menurun atau menaik.

 

 4) Calorie Counter - MyFitnessPal



Seperti nama aplikasi yang anda lihat iaitu Calorie Counter. Ok apa dia benda tu? Aplikasi ni bertujuan sebagai motivasi untuk golongan obesiti atau pun yang mahu kurus tapi tidak mempunya kata-kata semangat atau guidlines. Aplikasi hendaklah di daftarkan dahulu, dan semasa proses pengdaftaran anda dinasihatkan memberi maklumat yang benar supaya tidak berlaku ralat semasa proses pengurangan berat badan anda kelak. Segala rekod-rekod anda akan diproses dan akan keluar paparan seperti di atas. Ianya akan memberitahu berapakah jumlah kalori yang anda perlu kurangkan hari ini untuk mencapai target anda telah tetapkan pada proses pendaftaran anda tadi. Misalnya berat anda 100 kg dan target anda 70 kg. Maka aplikasi ini akan bertindak sebagai pembantu anda untuk cuba kawal permakanan dan lakukan exercise. Ianya juga ibarat diari kesihatan anda kerana anda digalakkan untuk mencatat segala jenis apa yang anda makan dan segala jenis senaman yang anda lakukan. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda juga boleh bersama-sama rakan yang lain untuk sama-sama berlumba untuk mengurangkan berat badan dan masing-masing boleh update status pada aplikasi ini dan mungkin ada yang berpengalaman untuk berkongsi dengan anda. More Friend More Best.




5) Runtastic Running & Fitness




Aplikasi ini amat menarik bagi sesiapa yang sering melakukan senaman dan menjaga kesihatannya.
Dengan aplikasi ini akan memberi maklumat yang saya rasa agak tepat kerana sistem yang digunakan adalah GPS. Dan dengan ini pastikan peranti anda mempunya perkakasan GPS untuk menggunakan aplikasi ini. Antara maklumat yang diberikan adalah kadar mendaki, kelajuan dan calories yang telah dibakar melalui aktiviti yang anda lakukan. Di dalam aplikasi ini juga saya dapat pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan antaranya jogging, marathon, bola sepak, bola keranjang, kayaking dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Saya dah cuba sendiri dan memang awsome jika digabungkan dengan calorie counter kerana anda dapat tahu berapa banyak kalori anda yang telah berjaya anda bakar.




 6) Instant Heart Rate



Haaa aplikasi ni amat sesuai kepada orang amat sensitif dengan pergerakan jantung mereka sama ada berada dalam keadaan selesa atau keadaan tercungap-cungap atau tidak sihat. Apa yang menarik perhatian saya tentang aplikasi ini iainya mengesan pergerakan jantung kita dengan menggunakan kamera yang telah tersedia pada setiap peranti android anda. Tetapi anda dinasihatkan menggunakan aplikasi ini ditempat yang mempunyai cahaya yang mengcukupi. Cara aplikasi ini mengesan adalah dengan detect pergerakan darah yang mengalir dalam tubuh badan seseorang itu. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letakkan jari telunjuk anda di depan kamera dan pastikan jangan tekan terlalu kuat kerana bimbang darah tidak jalan, dan secara tidak langsung akan mengakibatkan berlaku ralat atau tidak berfungsi dari segi pengiraan kadar denyutan jantung anda.




7) Period Tracker  (Untuk wanita sahaja)




Haha untuk aplikasi ni saya tidak boleh cakap lebih-lebih kerana saya sendiri tidak dapat mencubanya dengan lebih mendalam atas faktor-faktor kesihatan huhu (im men).
Seperti yang kita boleh lihat pada screenshot yang telah disediakan itu. Period tracker adalah sejenis aplikasi untuk memberitahu kadar-kadar period anda berlangsung selama beberapa hari untuk berakhir. Caranya juga mudah hanya tekan start dan ianya akan mula mengira perjalanan period anda. Semasa period anda juga boleh menulis note. Note apa? Wanita sahaja yang mengetahuinya.

 

8) OB (Pregnancy) dan Pregnancy Assistant (Untuk wanita mengandung sahaja)

 



Untuk OB Pregnancy sebuah aplikasi untuk wanita yang lebih dewasa iaitu yang sudah menjalani rumah tangga bersama orang yang tercinta. Cuma aplikasi ini agak lebih saintifik dan saya rasa mungkin dapat difahami oleh para-para ibu yang sedang mengandung. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda boleh merekod dan melihat kadar pembesaran bayi anda di dalam kandungan tu. Selain itu seperti yang anda lihat di atas saya ada menyediakan aplikasi alternatif untuk kepada yang kurang memahami aplikasi OB Pregnancy. Kerana apa yang saya lihat Pregnancy Assistant lebih mesra pengguna dari segi penggunaan grafik yang diberikan kepada pengguna.
 
OB Pregnancy



Pregancy Assistant


9) Medicinal Herbs



Ini adalah aplikasi untuk golongan yang suka mencari jalan alternatif bagi merawat penyakit yang ada. Kepentingan aplikasi ini saya lihat memang menarik kerana ianya memasukkan tumbuh-tumbuhan herba dan penerangan yang sangat terperinci dari pengenalan sehinggala ke cara kegunaannya untuk mengubati penyakit tersebut. Bak kata orang muda... Orang Lamo la kata kan hahaha... tapi memang tidak dinafikan tumbuh-tumbuhan herba ini memang sangat membantu untuk kesihatan kita jika nak dibandingkan dengan ubat-ubat yang mengandungi bahan kimia tu. Gunakan pada kadar yang betul.




Itu lah antara aplikasi yang saya dapati di Google Play semasa saya dalam tempoh rawatan sakit. hehe. Harap iainya sedikit sebanyak membantu anda semua dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat. Insyallah...

Jika anda ingin mendownload kesemua apps sekali gus dan aplikas tambahan ehem2 (kesihatan gak)

Sila download di sini:-



Sekian terima kasih.

Artikel ini telah disalin semula dari OMG! Hackers? HakCipta @ Angelezo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul