Assalamualaikum semua para pembaca sama ada yang baru atau yang telah lama. First of all saya memohon maaf sebab sudah lama tidak berkongsi di blog ini atas faktor kesibukan kerja.

Ok kita back to topic, saya melihat ramai di antara kita yang memang sudah tahu cara-cara nak dapatkan Driver atau dalam bahasa melayunya pemacu. Ok pemacu nie adalah amat penting dan diperlukan kepada hardware kerana hardware yang tiada pemacu ibarat kereta yang tiada pemandu.

Kebiasaanya ramai akan mencari driver dengan mengharapkan perisian driver yang mungkin membantu dan memudahkan sesetengah pihak, tetapi perasan atau tidak kebanyakkan pengguna yang menggunakan teknik ini kadangkala akan mendapat masalah driver tidak sesuai dengan perkakasan.

Cara seterusnya pula iaitu satu teknik mencari driver dengan melawat website manufacture nya sendiri bagi mendapatkan driver tersebut. Contohnya hardware jenama amd, jadi kita pergi ke website amd. Cara ini adalah cara yang paling tepat untuk mendapatkan driver tersebut dan selalunya website mereka lebih uptodate.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara mencari driver dengan mendapatkan ID Hardware. Ok masa bila kita akan gunakan teknik ini?

Kita akan gunakan teknik ini apabila kita tidak dapat mengenal pasti jenis hardware yang digunakan, atau kita sudah buntu driver susah untuk diperolehi.

Cara-caranya :-

1) Open Device Manager.
Control Panel > Device Manager


2) Paparan Device Manager akan terpapar. Seterusnya anda pilih hardware mana yang memerlukan driver. Contohnya saya akan memilih hardware "Sound, Video and Game Controller".

Klik kanan pada hardware pilihan > Properties > Details > Property


3) Pada bahagian property anda cari perkataan "Hardware Ids" > Pilih yang pertama dan klik kanan > Copy

4) Buka website ini > http://devid.info/ > Paste ID Hardware ke dalam kotak carian > Tekan butang search > Pilih jenis operating system yang anda pakai dan version yang paling latest > Tekan butang Disket (Download)



5) Tunggu paparan seterusnya dipaparkan > Scroll bawah sikit > Klik Original File


6) Paparan seterusnya > Pilih mana-mana mirror (Recommend Mirror 1) > Kemudian dah boleh download.

Seterusnya anda download seperti biasa dan install. Semoga berjaya.
Sekian itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam kepada pembaca sekalian,

Kali ini adalah simple tutorial tetapi akan membantu kepada ramai yang menghadapi masalah yang akan merasa tidak selesa apabila membaca perkataan di website menjadi blurr atau tidak jelas dan amat susah untuk dibaca.



Apakah punca perkara ini berlaku?

Ianya disebabkan function yang ditambah oleh firefox dalam diam sekiranya anda memasang firefox yang terbaru. Function tersebut adalah "Hardware Acceleration". Mungkin pada dasarnya mungkin akan membantu tetapi ianya mempunya sedikit masalah dan perlu diperbaiki oleh pihak firefox.

Jadi di sini saya akan berkongsi tutorial untuk memulihkan masalah ini.

Cara Pertama



1. Untuk permulaan make sure anda save dulu segala email atau kerja-kerja yang anda lakukan di pelayar web musang api.
2. Seterusnya klik butang oren yang berada di atas bahagian kanan firefox dan tekan butang Option atau pergi ke Tools > Options.
3. Di Firefox Option pilih Advance Tab > Pilih General.
4. Pada setting list cari checkbox > Use hardware acceleration when available kemudian untick.
5. Restart firefox anda dan lihat ianya telah pulih.

Cara Kedua



1. Langkah ini anda perlu pergi kepada configuration firefox dengan menaip "about:config" pada URL.
2. Kemudian cari perkataan "gfx.content.azure.enabled" dan setkan dari Value True kepada False dengan cara double click pada bahagian tersebut.
3. Jika masih tidak menjadi anda pergi kepada configuration kembali dan cari perkataan  "gfx.direct2d.disabled" dan setkan kepada Value True dan kekalkan hardware acceleration enabled.

Cara Ketiga

1. Cara ini adalah cara terakhir dan menemui kebuntuan. Iaitu RESET FIREFOX.
2. Anda boleh pergi ke laman web ini Troubleshoot extensions, themes and hardware acceleration issues to solve common Firefox problems.

Akhir kata dari saya selamat mencuba dan menyambut Hari Natal kepada yang beragama Kristian.
Assalamualaikum,Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat belaka.. Alhamdulilah... Kali ini saya datang dengan hati yang terbuka untuk mengajak anda semua untuk menyertai Event Bitstrip yang dianjurkan oleh Forum Rileks Community iaitu sebuah forum di mana salah satu tempat yang banyak saya menimba ilmu.

Rileks Community telah mencapai satu kejayaan besar di dalam dunia forum di Malaysia iaitu dengan ditubuhkan pada 6/11/2012 dan kini akan menjelang Ulangtahun RC.MY yang pertama.

Dengan ini Rileks Community telah melancarkan sebuah event yang diberi nama Bitstrips Versi RC.MY bagi mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan pelawat rc.my.

Apakah Bitstrip ni?

Anda boleh lihat di sini:  https://www.rc.my/Thread-Tutorial-Bitstrips-di-Android-dan-Facebook

Apa yang saya dapat lihat Bitstrip adalah suatu cara untuk kita menyampaikan sesuatu perasaan atau kata-kata dengan lebih menarik dan kreatif.

GANJARAN ATAU HADIAH?

Hadiah yang anda akan terima adalah mempunyai dua versi iaitu Versi Realiti dan Virtual.
Virtual bermaksud hadiah ini hanya bernilai dan diguna pakai dalam forum rc.my sahaja.

Jeng jeng jeng...

KATEGORI HADIAH:

1) HADIAH JURI PROFESIONAL:
1. Juri profesional yang terdiri daripada para admin, founder dan para designer RC.my akan menilai dan menentukan seorang pemenang utama kategori ini.
2. Pemenang kategori ini akan menerima:


Hadiah utama:

=> Topup bernilai RM20
=> Pas RC VIP di forum RC.my selama 3 bulan (bernilai RM20)

=> RC point sebanyak 1, 000, 000. 00 Gold
=> Rumah kampung
=> Leica M-Monochrom
=> Samsung Galaxy S III

2) HADIAH JURI AWAM:
1. Juri awam terdiri daripada para pengguna dan likers di Facebook. Pemenang ditentukan mengikut like terbanyak sehingga tarikh tutup penyertaan. Like dan reputation di forum tidak dikira.
2. Pemenang Hadiah Juri Profesional secara automatik tidak layak untuk memenangi kategori ini.
3. Pemenang kategori ini akan menerima:

Hadiah utama:
Tiga orang pemenang hadiah utama akan menerima:

=> Topup bernilai RM10
=> Pas RC VIP di forum RC.my selama 1 bulan (bernilai RM10)

=> RC point sebanyak 500, 000. 00 Gold
=> Rumah Kampung
=> Leica M-Monochrom
=> Samsung Galaxy S III

Sagu hati:
Lapan orang pemenang sagu hati akan menerima:

=> Topup bernilai RM5
=> RC point sebanyak 200, 000. 00 Gold
=> Jersi Malaysia Home

3) SAGU HATI:
Setiap peserta pertandingan yang tidak memenangi mana-mana Hadiah Juri Profesional dan Hadiah Juri Awam akan menerima RC point sebanyak 100, 000.00 Gold.

*Biru = Realiti dan Ungu = Virtual

Semua hadiah adalah virtual semata-mata yang boleh dibeli di RC Shop, kecuali topup.
Kalau rasa nak jadi VIP Kat RC.MY mai2 la join cepat... sonok woo jadi vip.. dilayan dengan mesra alam hehe...
 
Untuk maklumat lebih lanjut dan ingin menyertainya?

Sila ke pautan ini : https://www.rc.my/Thread-Release-Event-Bitstrips-Versi-RC-my

*Kepada yang belum register. Sila register terlebih dahulu untuk menyertai event ini.


Terima kasih.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


Assalamualaikum warga pembaca semua,

Nampak tak gambar apa kat atas tu? Haaa itulah Graphic Card (GC) yang saya mampu untuk capai suatu hari nanti dengan keperluan saya sahaja. Tapi tak ada modal nak beli jadikan angan-angan dulu.

Ok back to topic. Saya nak tanya anda..mula-mula sekali anda nak beli graphic card apa yang anda akan tengok dulu? Rata-rata yang saya lihat kebanyakkan user lebih melihat pada berapa banyak memori dia iatu sama ada 256 mb, 512 mb, 1 GB, dan 2 GB. Seterusnya mereka akan melihat pada jenis Memory Bus seperti DDR2, DDR3, GDDR4 and GDDR5.

Sebenarnya bagi saya bukan tidak mempengaruhi perfomance tapi jika kita lihat pada 2 benda itu sahaja ianya hanya memberikan perubahan perfomance yang amat sedikit sahaja kepada keperluan sebenar anda.

Sebelum memilih graphic card apa yang anda perlu buat adalah? ASK YOURSELF.

Apa keperluan saya untuk memiliki graphic card. Ramai yang saya lihat mereka memilih graphic card tambahan adalah dengan berfikiran beli yang sesuai untuk gaming maka nanti boleh digunakan untuk multimedia seperti rendering, 3D aplikasi dan lain-lain.

Itu semua adalah cara pemilihan yang kurang bijak. Ok mari kita lihat jenis-jenis spesifikasi graphic card yang sesuai kepada user yang tertentu.

Apakah graphic card yang sesuai dengan saya?

Pertama sekali ianya bergantung kepada bajet dan keperluan.

Email dan Melayari Laman Web

Untuk pengguna jenis ini kebiasaanya mereka tidak memerlukan graphic card yang tinggi spesifikasinya. Mereka hanya perlukan graphic yang telah sedia ada bersama-sama cpu mereka yang kita panggil Integrated Chipset.

Gamers Sederhana

Kebiasaanya mereka ini adalah jarang bermain games dan hanya bermain games yang cukup sekadar untuk dapat bermain game tersebut. GC yang mereka perlukan adalah jenis GC yang Mid-Range.

Gamers Tegar

Ok untuk pengguna jenis rata-ratanya kita boleh lihat mereka ini akan memlih GC yang High-End kerana mereka kalau boleh tidak mahu ketinggalan teknologi yang terbaru agar mereka sentiasa kehadapan bersama-sama games yang mereka main kan dari masa ke semasa.

3D Animasi, Modeling dan Video Produksi 

Kebanyakkan software application yang berada di dalam bidang ini memerlukan GC yang sangat tinggi namun penekanannya adalah berbeza. Kualiti imej dan ketetapan adalah jauh lebih penting berbanding kelajuan data mentah. Mereka ini selalunya akan menggunakan Mid-Range bagi amatur dan Workstation Class Card untuk yang betul-betul serious.

Media Center

Untuk jenis user seperti ini mereka memerlukan GC yang mempunyai output DVI atau HDMI untuk kejelasan High Defination. Tapi untuk basic bagi mereka adalah cukup hanya memadai satu gc Entry-Level dengan Kad Tuner. Mereka ini ingin melakukan dari komputer monitor biasa sehingga boleh mendapatkan isyarat tv dan pancarkan kepada tv yang lebih high resolution.

Dari segi support software perlaksanaan dan kenapa anda perlu tahu?

Ok buat masa ini ada 2 benda yang kita kena fokus kepada API (Application Programming Interface). Apa benda API ni? Ianya lebih tertumpu pada DirectX dan OpenGL. Kebanyakkan user mereka lebih mengenali DirectX kerana ianya dari Microsoft manakala OpenGL kebanyakkanya adalah Open Source dan dibangunkan oleh Khronos Group.

Untuk pengetahuan anda di zaman ini DirectX yang paling terbaru adalah DirectX v11 (Direct3D 11) dan bagi v10, v9 masih digunakan dalam sesetengah permainan manakala v8 dan v7 adalah sangat lama dan tidak releven. Biasanya lebih baru maka lebih baik visualnya dan dalam beberapa kes dari segi perfomance iainya ada berhubung kait dengan OpenGL.

OpenGL versi terbaru adalah versi 4.2. Namun tidak banyak permainan yang menggunakan versi 4.x manakala versi 3.1 adalah yang masih popular dan versi 2.1 dan 1.5 adalah tidak relevan lagi dan ianya dianggap lama..

Jadi anda perlu membeli graphic card yang serasi dengan permainan yang akan datang yang menggunakan DirectX 11. Kebiasaanya GC yang hadir dengan DirectX 11 mampu menyokong OpenGL V4.2 dan seperti DirectX 10 akan menyokong GL3 dan sebagainya.

Adakah anda tahu setiap perkataan yang digunakan di dalam spesifikasi graphic card?

Ok mula-mula sekali saya akan tunjukkan satu contoh specification.


Ramai orang lebih tertumpu pada kawasan Memory dan Bus Type. Kenapa mereka tidak tengok yang lain? Kerana mereka tidak faham keywords dia. Jadi di sini saya akan bantu anda mengenali serba sedikit keywords yang ada dalam spec di atas.

Saya akan bahagikan kepada 2 iaitu yang penting dan yang cukup sekadar tahu.

Penting

Fab - Lebih dikenali sebagai fabrication process. Ianya size yang kecil sedikit dari transistor dan diukur dengan (nm). Cara untuk lihat dia semakin kecil nombor semakin kurang panas GPU semasa sedang bekerja.

Bus Interface - Ini adalah satu kaedah pengankutan yang digunakan untuk menghantar dan menerima data daripada GC. GC yang terkini akan menggunakan PCI-E dan yang terdahulu akan diikuti dengan AGP dan PCI. PCI adalah yang paling perlahan.

Memory - Ianya ibarat seperti tempat penyimpanan data di dalam GC. 1 GB boleh dikatakan pada tahap Mid-Range dan 2 GB pada tahap High-End. Perkara ini langsung tidak meningkatkan perfomance sesuatu GC. Sebab apa? Ianya hanya digunakan untuk simpan data sementara sahaja, tidak lebih dari itu.

Clock Rate - Ini adalah nombor setiap pusingan yang dilakukan oleh GPU bagi setiap saat. Secara basicnya semakin banyak pusing yang boleh dilakukan maka semakin bagus. Tetapi lebih banyak pusingan juga tak bermakna ianya bagus, kerana terdapat faktor-faktor lain.

Config Core - Ini adalah antara bahagian penting yang perlu dilihat apabila memilih GC. Ini adalah konfigurasi kepada GPU. Ianya ada 3 iaitu Unified Shader Unit, Texture Mapping Unit da Render Output Unit.

Unified Shader Unit - Sebuah unit yang memproses basic 3D Scene, lebih banyak adalah lebih bagus kepada GPU yang sama generasi. Tetapi ini adalah perkara yang tidak boleh dibandingkan dengan GPU lain kerana atas faktor perbezaan architecture.

Texture Mapping Unit - Ianya berfungi di dalam GPU untuk memproses texture. Semakin banyak maka semakin bagus.

Render Output Unit - Ini adalah suatu proses penghabisan apabila kita telah selesai melakukan tugas-tugas 3D Scene maka proses rendering akan mula berjalan. Ianya juga untuk menukar 3D Scenes kepada 2D Signals untuk dihantar kepada screen. Semakin banyak maka semakin pantas.

Memory Bandwidth - Ini adalah bandwith kepada Memory Bus. Semakin besar ia semakin laju ia menghantar dan membaca data ke video RAM.

Memory Bus - Jenis-jenis card Bus mempunyai DDR2, DDR3, GDDR4 dan GDDR5. GDDR5 adalah yang terpantas. Tetapi jangan ambil bus card yang slow iaitu bawah dari DDR3.

Memory Bus Width - Ini adalah antara yang terpenting anda kena lihat kerana semakin besar ia semakin bagus perfomance GC tersebut. Contohnya 64-bit, 128-bit, 192-bit, 256-bit, dan 384-bit.

TDP - Kuasa yang diperlukan oleh GC tersebut sehingga mencapai tahap maksimum barulah semua nya berfungsi dengan baik. TDP yang rendah membuatkan penjimatan kuasa tetapi perfomance juga adalah di tahap yang rendah.

Cukup Sekadar Tahu

GPU - Graphic Processing Unit ianya satu nama yang telah diberi daripada Nvidia kepada Graphic Processor pada lewat tahun 1999. Ianya telah diguna pakai dan menjadi popular kepada semua jenis graphic card sekarang ini.

Transistor - Ianya satu komponen yang kecil dan ibarat seperti pintu masuk yang mengawal aliran elektrik sampai kepada GPU. Semakin banyak ia masuk semakin hebat la ia.


RAMDAC - Menukar Isyarat Digital kepada Isyarat Analog untuk dipaparkan kepada skrin.

Fillrate - Ini adalah Pixel Fillrate dan Texture Fillrate. Ianya adala sejumlah pixel dan texture yang dapat dikeluarkan oleh GC dalam satu saat. Semakin tinggi ia, semakin bagus.


GFLOPS - Card boleh beroperasi dalam satu saat. Kiraan dalam G (1G = 1,000,000,000). Semakin tinggi ia semakin bagus.

Jadi anda dah lihat kan beberapa keyword yang patut anda tahu bila mencari GC. Jadi dari segi brand ramai yang tertanya-tanya. AMD atau Nvidia yang bagus yer?

Bagi saya untuk kita compare kan kedua-duanya adalah sangat-sangat susah untuk mencari pemenang kerana masing-masing ada pros and cons.


AMD Pros:
  • Better Overclocking Potential than Nvidia's current offerings.
  • Better GPU Compute performance (not too relevant for games right now)
  • Higher memory bandwidth
  • More Video RAM (generally not relevant unless running games across multiple monitors)

AMD Cons:
  • Higher power consumption
  • Tends to have fewer games that heavily favour them. Skyrim does favour AMD though for this generation.

Nvidia Pros:
  • Lower power consumption
  • GPU Accelerated PhysX (for the few games that support it, only game on your list that supports it is Borderlands 2)
  • Some games such as Battlefield 3 favour Nvidia cards heavily.
  • Adaptive Vsync (basically turns Vsync off if you go below 60FPS to smooth out the experience better, you'll still get tearing with it turned on, just less of it because your framerate won't exceed 60FPS in less GPU taxing areas)

Nvidia Cons:
  • Less overclocking potential due to locked voltage control.
  • Less memory bandwidth (more of a problem for the 660Ti and below, the 670 actually does have adequate memory bandwidth for 1080p gaming)
  • Usually less Video RAM (once again not relevant right now unless doing multi-monitor gaming.
  • Very weak GPU computing capabilities compared to AMD's current offerings. 


So kalau tanya saya soalan macam tu, Ini adalah pandangan saya jika anda mempunyai bajet yang tinggi dan ingin memastikan GC anda terbaik dan High End, saya mencadangkan Nvidia untuk anda. Jika anda mempunyai bajet rendah tetapi ingin menpunyai sebuah spec yang High End saya suggest anda AMD.

Anda boleh tonton video yang telah disediakan untuk anda lihat pandangan orang lain. Setiap orang berbeza pandangan. Yang penting anda haruslah berlapang dada dengan pandangan masing-masing.



Setelah anda membaca dan cuba faham perkara di atas. Saya yakin pasti anda tertanya-tanya.

Apakah Model yang dikatakan Integrated Chipset, Low Level Cards, Entry Level Cards, Mid-Range Cards dan High-End Cards.

Kita tunggu pada artikel yang akan datang.

Selamat membaca dan memahami. Semoga anda tidak tertipu dengan teknik marketing penjualan GC. Jadilah pengguna bijak dan celik IT. . . 

Sekian terima kasih.

*Segala kesalahan fakta atau ejaan harap diperbetulkan dan cadangan yang ingin dilontarkan, boleh letak di ruangan komen yang disediakan. Terima kasih.
Salam perjumpaan kembali...

Hehe lama tak datang sini, sorry la..Alhamdulilah sejak kebelakangan ini ada ramai customer... So tak sempat nak tulis artikel...

Ok back to the topic. Artikel kali ini mengisarkan sebuah keluarga chips yang diberi nama Sandy Bridge.



Intel Core i3, Core i5 dan Core i7 telah berada di dalam dunia IT beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun saya dapati ramai yang masih tidak mengenali antara satu sama lain processor-processor ini. Jika kita lihat dari segi pandangan kasar, sudah semestinya semakin tinggi versi atau generation maka semakin tinggilah dia punya power.

Di sini saya bukan nak cerita siapa hebat siapa menang tetapi saya ingin menceritakan perbezaan ketiga-tiga jenis processor ini. Ramai orang yang beranggapan i3 mempunyai 3 core dan i5 mempunyai 5 core dan begitulah i7 mempunyai 7 core. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali.

Perbezaan antara i3, i5, dan i7 secara lebih terperinci

 

Ok apa yang dapat kita buat perbezaan di antara ketiga-tiga processor ini adalah dengan melihat berapa banyak Core, Clockspeed (in GHz), saiz Cache dan technology yang terkini seperti Turbo Boost dan HyperThreading.

Selain itu kita boleh lihat dari segi star yang akan saya tunjukkan di bawah ini.

Jadi seperti yang anda lihat gambar di atas apa yang saya dapat simpulkan:-

i3 = 3 star
i5 = 4 star
i7 = 5 star

So berapa star untuk celeron dan pentium?

Celeron = 1 star
Pentium = 2 star

Jadi anda sudah lihat dari sege kategori dari STAR yang diberikan. Sekarang ini kita akan lihat Berapa banyak Core untuk ketiga-tiga jenis processor ini.

Apa dia CORE?

Ok core nie ianya ibarat otak semakin banyak otak makin semakin banyak kerya yang boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Begitulah sebaliknya.

i3 adalah yang paling sedikit mempunyai core dari kelasnya yang tersendiri. Bagi i3 keseluruhan hanya ada 2 core sahaja ianya juga boleh dikatakan dual-cores. i5 pula mempunyai Quad-Core iaitu 4 Core kecuali i5-661 yang mempunyai hanya dual-core dan mempunyai clock speed yang sama seperti i3-560 iaitu 3.33 GHz.

Jenis Processor dan Core
i3 = 2 Core
i5 = 4 Core kecuali i5-661 (2 Core)
i7 = 4/6 Core

Apa yang menyebabkan anda perlu beli i5-661 berbanding i3-560? Walaupun jumlah Core dan Clockspeed ianya sama? Jawapannya i5-661 mempunyai technology Turbo Boost.

Apa dia Technology Turbo Boost?


Teknologi ini adalah dengan menaikkan ClockSpeed dengan dinamik apabila diperlukan. Ianya akan menaik mengikut jumlah Core yang tengah aktif semasa itu sahaja. So jika 1 core je yang bergerak maka clockspeed akan naik pada 1 core je dan ianya akan menjimatkan tenaga dan suhu processor.

Contohnya kita boleh lihat pada processor i5-661 yang saya cakap sebentar tadi. Ianya mampu mencapai ClockSpeed sehingga maksimum 3.6 GHz so disebabkan itulah saya cakap maka lebih berbaloi anda beli i5-661 berbanding i3-560 dengan jumlah harga yang tidak begitu ketara.

Selain itu Turbo Boost ini juga boleh dikatakan dalam bahasa simple adalah OverClocking (OC) yang sering para-para gamers lakukan sekarang ini. Untuk lakukan OC memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi supaya proccesoor anda tidak melebihi had yang sepatutnya. Jadi sedikit sebanyak teknologi Turbo Boost membantu anda untuk OC dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.

Apa itu Cache di dalam Processor?


Cache nie dalam bahasa mudah anda boleh anggap fungsinya seperti RAM tetapi lebih laju kerana ianya dicipta di dalam CPU itu sendiri. Ok tugasnya adalah untuk menyimpan data sementara. Tanpa Cache CPU akan membaca dari hard disk anda, dimana akan mengambil masa yang agak lama.

Secara basicnya RAM mempercepatkan hubungan dengan Hard Disk dan Cache akan mempercepatkan hubungan dengan RAM.

Jenis processor dan Cache

i3 = 3 MB
i5 = 6 MB kecuali i5-661 (4MB)
i7 = 8/12 MB

Jadi kesimpulannya semakin besar sesuatu Cache maka semakin banyak data yang boleh diakses semakin cepat.

Apa itu Hyper-Threading?



Kita mula bercerita tentang multitasking iaitu sesuatu kerja yang banyak boleh dilakukan di dalam satu-satu masa. Contohnya kita tengah menggunakan Word dan di samping itu kita juga membuka Player untuk mendegar lagu. Maka itu adalah dipanggil Multiple Thread.

Seperti yang telah ceritakan serba sedikit di atas 1 Core = 1 kerja , 2 Core = 2 kerja dan begitulah seterusnya. Dengan adanya technology ini seperti i3 yang mempunyai 2 core tetapi mampu bergerak secara efisyen apabila anda melakukan lebih dari 2 kerja seperti 4 kerja boleh dilakukan serentak. Sama seperti i5 yang mempunyai Quad Qore tidak mempunyai technology Hyper Threading ini. 

Jadi seperti i7 yang mempunyai Quad Qore yang memiliki Hyper Threading Technology maka ianya mampu untuk melakukan 8 kerja secara serentak. Ditambah pula dengan Cache 8MB dan Technology Turbo Boost iainya seperti satu ramuan yang amat menyelerakan haha.

Jadi di sini jika anda ingin membeli processor atau pc/laptop hanya ingin melakukan kerja-kerja menulis document, online banking, mendengar lagu dan membaca maka i3 sudah memadai untuk anda.

Apa itu Generation di dalam Intel Processor?

Generation adalah penambahbaikan kira dalam bahasa pasar iaitu UPDATE. Apa yang dikemaskini?

Contoh waktu mulanya kenal i3, i5 dan i7 iaitu zaman Sandy Bridge kemudian 3rd generation iaitu Ivy Bridge iaitu copy dari Sandy Bridge cuma yg membezakan dari segi penaiktaraf nya sahaja. Kini yang terbaru 4th Generation (Haswell) iaitu copy dari Ivy Bridge dan ditambah Security yang lebih hebat dengan technology vPro.

Untuk Ivy Bridge (3rd Gengeration) processor nya adalah mengunnakan power yang sedikit maka haba yang dihasilkan akan menjadi sedikit dan dibina sekali dengan graphic chip yang lebih power.
Dalam bahasa mudah 3rd Generation perfomance nya telah dinaik taraf sebanyak 10-15%.

Untuk mengulas lebih lanjut tentang Generation di dalam artikel ini adalah sangat banyak. Jadi saya tinggalkan dengan sebuah video dari Intel sendiri agar anda tahu perbezaan 2nd and 3rd Generation. Selamat Menonton.



Akhir kata dari saya PILIHAN DI TANGAN ANDA.

Sekian terima kasih.

*Salah dan silap segala info atau fakta harap diperbetulkan di ruangan komen yang disediakan.
Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul