[REVIU] Aplikasi Google Camera


Assalamualaikum,

Reviu kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi kamera android yang mungkin telah ramai orang tahu dan saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.

Melihat keadaaan semasa rata-rata sebagai pengguna telefon pintar semakin kreatif dan hebat menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti menggunakan sebuah kamera dslr. Tidak dinafikan pelbagai aplikasi kamera yang lain di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dari aplikasi ini.

Apa yang ingin saya tekankan aplikasi ini amat sesuai untuk seseorang yang jenis mementingkan kesederhanaan tapi hasil yang terbaik kepada gambar yang mereka ambil.


Ok mari saya ceritakan apa fungsi-fungsi yang ada pada Google Camera ini.

Kamera ini mempunyai 5 Fungsi utama iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur, Camera, dan Video. Setiap fungsi-fungsi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mengikut kreativiti user untuk memilih fungsi yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang hebat.

Photo Sphere

 
Fungsi ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar sesuatu sudut di tempat yang lebih luas. Ianya boleh dikawal bermula dari kiri ke kanan atau atas kebawah mengikut dot yang telah ditetapkan dan hasilnya sangat hebat

Panorama

 

Apa yang menarik tentang fungsi panorama ini adalah bukan seperti aplikasi kamera lain yang biasa saya jumpa yang hanya memberi kita mengambil panorama dari kiri ke kanan sahaja. Pada Google Camera menawarkan anda mengambil panorama secara menegak, segi empat dan bulat (Fish Eye). Ianya sangat menarik bagi saya.

Lens Blur

 

 

Lens blur seperti yang semua sudah maklum ianya mengambil sesuatu objek yang mempunyai dua bahagian iaitu sharp dan blur. Kita boleh adjust sama ada untuk setting sharp di bahagian-bahagian tertentu mengikut cita rasa seseorang itu.

Camera




Fungi utama bagi sebuah aplikasi kamera iaitu mengambil gambar. Ini yang saya katakan simple but nice pada mula artikel. Fungsi ini mempunyai timer, grid, HDR (hanya pada telefon pintar Nexus 5), Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Video


Tidak lengkaplah jika sesebuah aplikasi kamera tidak didatangkan sekali dengan fungsi rakaman video. Ciri-ciri yang ada pada fungsi video adalah Grid, Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Apa yang membuatkan fungsi Camera dan Video menjadi lebih menarik?
 
Ianya pada setting aplikasi ini yang menawarkan fungsi menukar resolusi wide screen (16:9) atau biasa (4:3). Kini ciri terbaru yang telah dikemaskini oleh Google iaitu kawalan dari jauh dengan menggunakan Google Wear Devices.

Requirements:

• Works on phones and tablets running Android 4.4+ KitKat
• Photo Sphere and Panorama require a gyro sensor (not available on Moto G)
• Photo Sphere, Panorama, and Lens Blur require at least 1 gigabyte of memory
• HDR mode only on Nexus 5

Akhir kata dari saya, lihatlah rakaman gambaran aplikasi Google Camera dari saya.



Dapatkan aplikasi ini secara percuma di Google Play

Kredit : Droid-Life and Android Police

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Samsung Galaxy Grand Prime Tertiris




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca,

Pernah dengar tentang peranti telefon Samsung Galaxy Grand? Kini saya telah mendapat maklumat bahawa Galaxy Grand yang lebih mengfokuskan kepada "Virus Selfie" yang digelarkan Galaxy Grand Prime telah tertiris gambar dan spesifikasi.

Terdapat beberapa fakta menarik yang akan saya kongsikan daripada sumber laman Vietnam TheGioididong.com. Menurut gambar yang kita lihat peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel bagi meningkatkan kepuasan Selfie dan Video Call. Peranti ini juga mempunya skrin bersaiz 5" QHD yang jauh lebih baik daripada paparan WVGA biasa.


Peranti ini akan menjadi peranti dual-sim seperti pendahulunya. Peranti ini dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 400 CPU mencatatkan pada 1.2 GHz, Memori 1GB dan ruang storan 8GB. Menurut sumber juga peranti akan menggunakan Android 4.4 KitKat. Dari segi rekabentuk ianya tidak berubah daripada pendahulunya.

Peranti ini dijangkan akan mendarat kira-kira bulan Oktober 2014. Persoalannya mampukah peranti ini dapat menyaingi pesaingnya yang lain seperti Sony Xperia C3, Nokia Lumia 730, Desire 830 dan sebagainya sedang mengalukan kedatangan Galaxy Grand Prime.


Walaupun maklumat ini tidak rasmi, ianya dapat memberi sedikit gambaran selepas membaca ini kerana kita tidak pasti sama ada maklumat ini ternyata benar atau kekal sebagai khabar angin pada akhirnya.

Selamat Hari Malaysia dari Angelezo 

Sumber :  TheGioididong dan Amanz

0 ulasan:

Catat Ulasan

[SHARE] Apakah Perbezaan Teknikal Dalaman Bagaimana iOS dan Android Bekerja





Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya,

Sejak kebelakangan ini saya melihat fenomena iFag dan Android Fag masing-masing menyampaikan pendapat dan kelebihan OS yang mereka gunakan pada peranti telefon pintar. Cerita ini tidak akan pernah berakhir kerana setiap OS dicipta ada kelebihan dan kekurangan.

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat bagaimana iOS dan Android bekerja secara teknikal dalaman.

iOS direka dari bawah ke atas untuk menjadi mudah bagi digunakan untuk pembangun. API yang sangat kuat yang dibangunkan oleh Apple untuk memudahkan tugas dan memanfaatkan kuasa perkakasan yang sangat khusus untuk memastikan kemudahan maksimum penggunaan dan prestasi tinggi.  

Ubahsuaian adalah terhad untuk memastikan garis panduan tertentu sentiasa bertemu untuk menyimpan status quo. Merekacipta untuk perkakasan bukan-Apple adalah amat sukar jika tidak mustahil. Merekabentuk peranti perkakasan untuk iOS adalah sukar kerana mereka mesti memenuhi piawaian yang ketat.

Android direka dari bawah ke atas bagi menjadi mudah untuk dilaksanakan pengeluar perkakasan. Ia adalah sangat fleksibel dengan pelbagai jenis komponen perkakasan dan membolehkan ia berjalan pada beribu-ribu peralatan yang sangat berbeza. Ia memberikan rangka kerja asas dan kemudian meminta pengeluar perkakasan dan pemaju untuk membentuk kepada keperluan mereka. 

Ini menawarkan fleksibiliti yang besar tetapi tidak mempunyai banyak alat yang hebat seperti akses kepada memanfaatkan GPU untuk pengekodan (encoding) video, iOS kepada komunikasi Bluetooh Android tidak dicipta memenuhi kehendak perkakasan pengeluar dan tidak mencipta API untuk menyokong mereka. Ini menjadikan kehidupan lebih sukar bagi pembangun.

Sekian itu sahaja perkongsian ringkas dari saya supaya anda kenal secara teknikal dalaman antara iOS dan Android bekerja.

Kredit : Bubblews

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul