[TUTORIAL] Memperbaiki Font atau Text Blurr di Firefox


Salam kepada pembaca sekalian,

Kali ini adalah simple tutorial tetapi akan membantu kepada ramai yang menghadapi masalah yang akan merasa tidak selesa apabila membaca perkataan di website menjadi blurr atau tidak jelas dan amat susah untuk dibaca.



Apakah punca perkara ini berlaku?

Ianya disebabkan function yang ditambah oleh firefox dalam diam sekiranya anda memasang firefox yang terbaru. Function tersebut adalah "Hardware Acceleration". Mungkin pada dasarnya mungkin akan membantu tetapi ianya mempunya sedikit masalah dan perlu diperbaiki oleh pihak firefox.

Jadi di sini saya akan berkongsi tutorial untuk memulihkan masalah ini.

Cara Pertama



1. Untuk permulaan make sure anda save dulu segala email atau kerja-kerja yang anda lakukan di pelayar web musang api.
2. Seterusnya klik butang oren yang berada di atas bahagian kanan firefox dan tekan butang Option atau pergi ke Tools > Options.
3. Di Firefox Option pilih Advance Tab > Pilih General.
4. Pada setting list cari checkbox > Use hardware acceleration when available kemudian untick.
5. Restart firefox anda dan lihat ianya telah pulih.

Cara Kedua



1. Langkah ini anda perlu pergi kepada configuration firefox dengan menaip "about:config" pada URL.
2. Kemudian cari perkataan "gfx.content.azure.enabled" dan setkan dari Value True kepada False dengan cara double click pada bahagian tersebut.
3. Jika masih tidak menjadi anda pergi kepada configuration kembali dan cari perkataan  "gfx.direct2d.disabled" dan setkan kepada Value True dan kekalkan hardware acceleration enabled.

Cara Ketiga

1. Cara ini adalah cara terakhir dan menemui kebuntuan. Iaitu RESET FIREFOX.
2. Anda boleh pergi ke laman web ini Troubleshoot extensions, themes and hardware acceleration issues to solve common Firefox problems.

Akhir kata dari saya selamat mencuba dan menyambut Hari Natal kepada yang beragama Kristian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul